JAKARTA: Aktres yang dikaitkan dengan skandal penyebaran video lucah bersama vokalis kumpulan Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham, Cut Tari dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani penggambaran di Jakarta semalam.
Akhbar harian Kompas menyatakan, berita kematian Cut Tari menimbulkan kekecohan dikalangan peminatnya di Indonesia yang mahu mengetahui perkembangan lanjut serta punca kematiannya.
“Inalillahi, berita duka daripada artis Indonesia yang terbabit dalam kes video lucah Cut Tari menghembuskan nafas terakhir di Hospital Medistra Tebet Jakarta Selatan jam 2.27 petang ini. Dia dibawa ke hospital sejam sebelum itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Semua doktor yang merawat beliau belum dapat menyatakan punca kematiannya, manakala keluarga Allahyarham meminta agar jenazahnya dibedah siasat.”
“Pesanan ringkas itu kemudian disusuli berpuluh kiriman melalui Twitter oleh peminat Cut Tari yang mahu mengesahkan mengenai berita kematiannya, sebilangan mereka tidak percaya dengan berita itu dan menganggapnya hanya khabar angin,” kata Kompas.
Bagaimanapun, satu akaun Twitter yang dinamakan sebagai Cuttarytweet, kemudian memaklumkan bahawa berita itu tidak benar.
“Cut Tari dalam keadaan sihat dan tiada sebarang masalah berlaku. Dia sedang menjalani penggambaran untuk satu rancangan televisyen di Jakarta,” katanya.
Kenyataan itu kemudian disahkan akaun pengurusan Cut Tari @icontalentmgmt yang menyatakan aktres itu sihat, manakala berita yang disebarkan adalah palsu.
Cut Tari menggemparkan Indonesia dan negara jirannya pada pertengahan 2010, selepas tersebarnya rakaman video lucah mirip wajah aktres itu melakukan hubungan seks dengan Ariel.
Berikutan pendedahan itu kontrak Cut Tari atau nama sebenarnya Aminah Anasya sebagai pengacara rancangan Infotainment Insert di TransTV dibatalkan.
Pelakon berdarah Aceh yang pernah memenangi ujian tilawah al-Quran peringkat daerah itu, pada mulanya menafikan sekeras-kerasnya bahawa imej di dalam rakaman video berkenaan adalah dirinya.
Bagaimanapun dalam satu sidang akhbar yang diadakan tidak lama selepas itu Cut Tari akhirnya mengaku bahawa dia adalah pelaku di dalam video terbabit. – Agensi
-BHarian
2 comments:
semoga terampun dosa2
betul tu..tuhankan maha pengampuan.
Post a Comment