Monday, December 30, 2013

Cara mengekalkan hayat bateri smartphone agar tahan lama


Yahoo editors have selected this article as a favorite of 2013. It first ran on Yahoo Shopping on July 17th and was one of the most popular stories of the year. The story offers simple tips on how to prolong your smartphone's battery.


Ejas cahaya di skrin telefon
Cahaya skrin telefon anda mungkin telalu terang daripada yang sepatutnya. Malah ia akan sedikit demi sedikit mengurangkan bateri telefon anda. Jadi cuba kurangkan pencahayaan telefon anda agar lebih mudah dilihat. 

Tidur Awal
Telefon anda dapat menentukan beberapa cepat untuk mematikan paparan setelah anda mulai meletakkan telefon untuk tidur. Anda boleh memanjangkan hayat bateri telefon anda dengan memastikan telefon anda turn off dengan sendiri dan bukan sentiasa menggunakannya selama beberapa minit setiap kali anda memeriksa masa.

Turn Off Notifications(Pemberitahuan)
Banyak aplikasi yang memaparkan pemberitahuan. Kebanyakkan masa ia hanyalah sia-sia dan membazirkan hanyat bateri kerana mereka memaksa skrin anda agar kekal menyala di sepanjang hari. Tutup pemberitahuan aplikasi untuk memperluaskan hayat bateri anda.

Tutup Antena yang tidak digunakan
Jangan sesekali lupa untuk menutup Bluetooth. Pastikan ia dimatikan dalam tetapan anda. Juga seperti Wi-Fi, anda diantara kebanyakkan orang yang menggunakannya dengan sedikit. Sekiranya bateri telefon anda hampir mati dan anda perlu untuk memastikan ia hidup selama mungkin anda boleh memasukkan Airplane Mode (yang mematikan semua radio, termasuk suara)

Katakan tidak untuk Permintaan Lokasi (Location Requests).
Banyak aplikasi yang meminta kebenaran untuk mengesan lokasi anda supaya mereka boleh memberi maklumat dengan tepat. Ia mungkin berguna, tetapi aplikasi perlu mempunyai ping untuk GPS Cip anda. Ini amat menggunakan kuasa bateri yang banyak. Melainkan anda benar-benar memerlukan fungsi lokasi. Cuma katakan tidak sekiranya tidak mahu menggunakannya.

Perlahankan Volume(kelantangan)
Mengurankan jumlah kelantangan telefon anda termasuk deringan. 

Matikan Penggetar (Vibrate)
Anda pasti memerlukan penggunaan ini sewaktu anda meninggalkan telefon di dalam poket sepanjang masa. Tetapi getarannya memerlukan banyak kuasa bateri. Matikannya setelah anda tidak memerlukannya lagi.

Pastikan ia sejuk
Bateri yang panas mengurangkan kuasa bateri berbanding yang sejuk. Jadi jika telefon anda panas ketika disentuh, hayatnya kian kurang. Keadaan ini terjadi apabila anda meninggalkan telefon di dalam kereta, di dalam poket anda atau dia atas gadjet yang panas seperti komputer riba. Membiarkan telefon digunnakan secara berterusan juga akan meningkatkan suhu bateri menjadi panas.

Mematikan sepenuhnya
Jika anda tahu anda tidak akan menggunakan telefon anda untuk sementara waktu seperti di dalam mesyuarat atau di teater filem matikan telefon lebih baik daripada hanya mendiamkan deringan telefon (silent).



Credit: Yahoo. 
Translate by MissVanilla

Saturday, December 21, 2013

Top 6 Korean Drama Dari Oct-Dec 2013 Yang Paling Hot!

1. The Heirs

2. The Prime Minister & I

3. Marry Him If You Dare

4. Pretty Man

5. You Who Came From The Stars

6. Miss Korea

Tuesday, December 17, 2013

Produk penjagaan harian milik MissVanilla

Assalammualaikum....

Hari ini aku nak share serba sedikit tentang produk penjagaan harian aku sendiri. Bukan nak menunjuk tetapi nak berkongsi dengan korang semua tentang produk apa yang aku gunakan untuk setiap hari-hari aku. Tak kira la waktu lepas mandi ke, sebelum tidur ke... semuanya aku nak cerita. Manalah tahu kot-kot ada sesetengah daripada korang belum tahu macam mana nak uruskan diri dengan apa2 produk penjagaan diri. Ok no problem... ikot je cara aku. Insyaallah... Sentiasa wangi dan berseri-seri.. hehehe...

Btw, aku bukannya pakai produk penjagaan yang mahal2. Semua produk yang aku beli ni murah2 je. Kat pasaran tu banyak ada jual. Jadi jom tengok gambar ni dulu. Yang ni ja aku selalu guna untuk harian.




Johnson's Body Care Oxygen Fresh Powder
Bedak ni selalu aku guna untuk harian. Digunakan selepas mandi pagi dan malam. Bau dia sangat menyenangkan umpama duduk kat tepi laut sambil menghirup udara yang segar. Actually, bedak ni juga pernah diiklankan di TV bersama Model&Pengacara iaitu Scha Alyahya. 

Safi Toner Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya
Toner ni wajib selalu aku pakai untuk melembapkan wajah. Selalunya orang akan pakai pelembap wajah untuk lembapkan wajah tetapi aku ni lain sikit toner pula aku gunakan untuk lembapkan wajah. Maybe toner ni sesuai dengan kulit aku. Selalunya aku akan gunakan selepas mandi pagi dan malam pada setiap hari. Kerana kulit aku ni jenis kering dan berminyak. Bau dia ada sedikit bau pokok lidah buaya. Aku cuma titiskan ke tapak tangan dan lumurkan keseluruh muka hingga kering. Lepas tu baru pakai bedak powder.

Johnson's Baby Powder Blossoms
Bedak ni pula sangatlah wangi . Aku memang nak suggest korang untuk belinya. Bau yang menyenangkan tambah2 pula bila pakai waktu malam sebelum tidur pergh!! aku rasa nenyak tidur tu sampai ke pagi. hehe..
Diguna setiap hari selepas mandi.

Rexona Shower Clean Deodrant
Deodrant ni agak tersembunyi sedikt hehe... sorry la yea. Tapi produk Rexona selalu dan setiap hari aku gunakan. Bau yang menyenangkan dan cepat kering. Tambahan pula semasa waktu aku masih sekolah dulu dengan berpakaian baju kurung putih. Deodrant ni langsung x melekit di baju dan juga tiada kesan kekuningan.

Johnson's Baby Oil
Minyak ni aku gunakan untuk melembut dan melembapkan rambut sewaktu rambut aku menjadi kasar dan keras. Minyak ini mudah menyerap lembapan ke dalam kulit dan boleh disapuukan ke bahagian kulit kering seperti di lutut,lengan,jari dan lain-lain. Tetapi cara penggunaannya untuk rambut perlu lah hanya kepada rambut dan jangan sapukan hingga ke kulit kepala. Takut nanti kulit kepala berminyak dan timbul masalah lain pula.

Perapi Sunsilk
Perapi ini aku gunakan juga sekiranya rambut kasar dan kurang bermaya. Jadi bagi pengguna shampoo Sunsilk bolehlah gunakan perapinya pula untuk rambut selepas mandi. Baunya sangat wangi!

Johnson's Baby Lotion
Lotion ni aku akan gunakan pada setiap malam sebelum tidur bagi menampakan hasilnya di waktu pagi. Untuk mendapat kulit lembut dan sentiasa lembap pakai lah setiap hari. Takde lah tangan tu nampak macam nenek sangat asyik duk berkedut sana sini je kan. hehe. Btw, aku sangat berpuas hati dengan produk Johnson's. Semuanya sangat-sangat hebat. Terima Kasih bebanyak!

Pucelle Cologne *Spring Sakura
Cologne ni memang debOOM! Wanginya ko takyah cakap memang sangat fresh giler. Aku aku spraykan ke baju setiap hari selepas mandi. Wangiannya memang membuatkan hari aku sentiasa dalam keadaan fresh dan bersemangat. Tetapi cologne ni hanya bau untuk diri sendiri je. Orang lain selalunya x dapat bau dengan jelas. Pilih Spring Sakura punya exstrak sebab yang ni je baunya lebih ok berbanding yang lain.

Victoria Secret Perfume Oil #Ciplak
Haha... aku sendiri pun x pasti minyak wangi ni ori ke tidak... tapi rasanya x ori kot. hehe. Minyak wangi ni dihadiahkan oleh Paktam aku. Ntah dari mana dia beli aku pun x ambil tahu. Tetapi wangiannya tersangatlah sedap baunya. Aku selalu titiskan ke pergelangan lengan dan dileher. Kalau kat pasaran aku x tahu la jual ke tidak. Victoria Secret la sangat! hahahaha.... 

Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
Yang ni pula aku beli sebab disuggestkan oleh mak menakan aku. Katanya boleh disapu ke bahagian yang berjerawat bagi mengurangkannya jerawat tumbuh dengan sihat. First time aku pakai memang berkesan sehingga lah ke hari ini aku still gunakan lagi. Bukan takat kurangkan jerawat je tetapi mengeringkan jerawat tu juga. Kalau rajin pakai selalu akan kurang lah jerawat tu. Tapi kalau malas aku x boleh kata apa. Cuma ini hanyalah antara produk yang berkesan aku pernah pakai untuk kurangkan jerawat berbanding produk-produk lain. Boleh didapati di Watson, Guardian dan di mana-mana Farmasi. Kalau nak beli kat supermarket or di kedai runcit itu aku tak pasti diorang ada jual ke tidak.       


Saturday, December 14, 2013

Open your eyes

Maybe I'm not an important person in the eyes of the people who close to me. But I dare say that someday the people who close to me would open their eyes that I was very important during the later future. 

-CP

Tuesday, December 10, 2013

Tips cantik dengan gincu merah

9 Dis – Sesetengah gadis kadangkala akan merasa malu untuk memakai gincu merah yang mana malu dipandang jejaka dan sebagainya tetapi ketahui gadis yang memakai gincu merah ini sebenarnya lebih kelihatan jelita dan mengancam kerana merah itu melambangkan keberanian bukan.



Malahan gadis yang memakai gincu merah itu juga menonjolkan aura dan imej positif selain mampu menarik perhatian jejaka yang melihatnya. Janganlah takut untuk mempamerkan sesuatu yang luar dari kebiasaan kerana percayalah bibir yang merah itu juga dapat menambahkan keyakinan anda apabila berhadapan dengan orang ramai. 

Ikalkan rambut anda
Rambut itu adalah aset buat semua wanita, pendek kata rambut itu boleh dianggap sebagai mahkota yang mana pasti akan dijaga dan disisir rapi untuk sentiasa kelihatan cantik. Selain itu, rambut memainkan peranan dalam membentuk wajah seseorang, jadi apa kata sesekali tukar imej seperti gaya 'pixie' untuk nampak lebih ganas. Namun pastikan rambut anda bewarna hitam bukannya perang. Barulah nampak seperti 'rockstar'. 

Bergaya ala 'sporty'
Bergincu merah itu tidak bermakna anda tidak boleh bergaya formal dan kasual, tetapi jika kena pada gaya anda boleh mengenakannya kerana gabungan ikatan rambut yang menarik serta seluar jeans skinny yang sempoi anda pasti kelihatan manis dan mempesona.Gaya itu macam-macam anda, yang penting kenalah yakin pada diri. 

Cuba gaya klasik
Tidak salahnya jika kamu ingin mencuba gaya fesyen seperti gadis klasik di dalam zaman serba moden ini. Ianya kerana warna merah di bibir pasti sudah mencukupi untuk menyerlahkan lagi diri anda disamping teknik make up yang 'simple' dan pakaian bewarna keemasan anda pasti tampak lebih klasik dan seksi. 

Tidak perlu cerewet 
Elakkan dari terlalu cerewet dan beria-ria ketika bersiap. Cukuplah sekadar ikat sanggul agar nampak kemas selain jangan lupa untuk calitkan gincu di bibir kerana apabila anda terlibat dengan pekerjaan yang memerlukan sentiasa tampil elegan, bibir merah pasti menjadi penyelamatnya kerana apabila anda nampak yakin dengan penampilan, anda pasti akan dapat pujian. Jadi tak perlulah terlalu cerewet.


credit: Yahoo!

Wednesday, December 4, 2013

Yeah!!! Aku dah tukar status!

Assalammualaikum....

Well-well-well, haha... tak disangka masa begitu cepat dan berlalu dengan pantas. Sebelum ni aku jarang update blog kes jadi mangsa SPM. Sekarang dah update ni sebab dah bertukar status. Status apa korang fikir? isteri,ibu,nenek,pelajar?... eh x laaa.... dah bertukar jadi ORANG BIASA. hehehe... *buat terok bley*

dan... selepas ni dah boleh mulakan kehidupan yang seterusnya. Kehidupan yang macam mana tu xpasti. Sama ada penuh pancaroba ataupun penuh warna-warni. Tapi banyak benda jugak nak kena fikir selepas menjadi org biasa ni. Dah la lesen moto,kereta x ambil lagi. Nak jenjalan pergi mana2 pun susah. pastu nak kerja sampingan dulu sebelum dapat result tahun depan. Alahaiii.... pening2.

but aku pegang kepada kata Audrey Hepburn.


"Nothing Impossible. The Word Itself Says I'm Possible"


aku mesti lalui apa yang akan datang di kemudian hari. Mestil! Mesti!

Btw, jom tengok2 dulu gambar kami sewaktu last exam. ^_^




gambar ni diambil sebelum masuk exam ERT *ekonomi rumah tangga* kertas 2.
kami ambil subjek ni dah 5 tahun. walaupun masuk form4 dulu boleh pilih tapi kami tetap setia dengan subjek ni hingga ke akhir persekolahan dan sayang sangat2 dekat cikgu Pn Hashimah Bt Hashim. 


kawan aku, Adibah. nak masuk exam pun dan lagi makan.


kawan aku Adilah. rasanya dia nak buat iklan Rexona agaknya. haha...


Baru balik dari kedai makan depan sekolah lepas exam paper 1. Time ni nak balik ke sekolah pulak untuk exam paper 2. Kasut je yang mampu tunjuk. 


ni gambar last yang diambil selepas habis paper and now we are FREE!!!!