Wednesday, January 22, 2014

2014 Yang Banyak Cabaran

Assalammualaikum...

Hi readers....
Apa khabaq? sihat?
Alhamdulillah.... aku pun sihat jugak. sihat cara aku.
Hohoho....

Motif utama aku letak topik ni bukannya aku nak cerita kat korang segala perihal negara yang sudah menjelang 2014 ni ataupun tindakkan negara dalam isu-isu di Malaysia agar lebih maju kehadapan ye.. sama sekali tidak. Aku sebenarnya nak cerita serba sedikit di post ni mengenai apa yang akan aku hadapi setelah menjelang 2014 ni. Dah sedia dan sudi nak baca dan mendengar? Oke.. meh kita start.


1. Lesen

Setelah masuknya bulan Januari bagi 2014 aku dah kena prepare untuk mengambil lesen bagi kereta dan motosikal sekaligus. Dengarnya agak mencabar bukan? bagi budak 18 tahun macam aku ni dah sememangnya diwajibkan oleh parent aku untuk mengambil lesen. Tujuannya bagi memudahkan aku bergerak kesana-kemari secara Halal di lebuhraya. hikhik. Tujuan keduanya pula adalah untuk menghantar mama aku ke tempat kerjanya. dan dari sini dapatlah ayah aku berasa lega dari segi menghantar dan mengambil mama aku. Cehh.. aku pula terkena. dan yang ketiga bagi senang nak keluar jenjalan dengan kawan2. Itu of course!

2. Kerja

Yang ni aku x confident nak kerja apa selepas ambil lesen. Tapi bulan Januari haritu ada la aku kerja untuk 1 hari bagi mengantikan anak perempuan bos kantin yg pergi Penang untuk sementara. Kerja di kafeteria. Haryati *kawan* yang offer kat aku kerja tu. Dapat laa pengalaman kerja walaupun hanya 1 hari. Lepas ni aku belum tahu nak kerja kat mana. Ada kerja nak offer kat aku? sila contact ye. Haha...

3. Result SPM

Budak lepasan spm memang sekarang tengah tunggu result keluar x lama lagi. Bila moment nya sudah tiba... maka wujudnya segala drama, babak dan feeling yang macam2 jenis kat sekolah nanti. Hahaha... Aku sendiri pun x sabar nak tengok result walhal dalam hati ni sudah rasa bergelora xtahu nak dikata. Berpakaian sopan bersama baju kurung bagi perempuan dan baju berkolar bagi lelaki... Cewahh! dah habis segak semuanya. kah.kah..kah..  Pelbagai ragam dapat disaksikan dan pelbagai pengalaman yang dilalui dapat dilihat dari riak wajah budak2 spm nanti. Engko ingat senang ke nak hidup kat luar tu setelah xde siapa nak membimbing kita seperti guru-guru kita sebelum ni. Tu sebab semua mencari haluan sendiri dan kena berani berhadapan dunia luar yang penuh pancaroba.

4. IPTA/IPTS

Bila dah dapat result mesti ingin menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah/Diploma kan. Macam tu jugak dengan aku. Duk laa terpikir U/Poli/Kolej mana nanti nak pergi. Itu pun kena berdasarkan kepada result jugak. Kalau teruk.. p la diri ini kemana-mana Institut Kemahiran yang ada asalkan aku mahu belajar. Kalau ok dan cemerlang pilihlah mana-mana U/Poli/Kolej yang mahu. Asalkan IPT dan course yang kita ambil tu bersesuaian dengan result spm yang boleh diterima masuk dan beserta minat yang mendalam dan berkebolehan dalam bidang yang dipilih tersebut. Aku sendiri belum tahu nak ambil course apa. Cuma takut bila ambil nanti terpaksa berhenti sebab xreti nak belajar course yang diambil ataupun x sesuai dengan minat kita. Itu antara yang aku paling takut sekali. Help me.. huhu... Readers ada tips? Kalau ada minta komen ye. Berkongsi ilmu kan bagus... hikhik ^_^

 
Sekian, Wassalam..

Tuesday, January 14, 2014

4 Laman Web Yang Mention Link Ikavanilla.blogspot.com

Assalammualaikum..
dan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam di Malaysia bagi tahun 2014.

Hari ni aku letak topik yang agak borink sedikit. Bukan nak paksa korang baca tapi nak paksa diri aku ni lihat sejauh mana perjalanan blog MissVanilla sejak berblogging di alam maya. Aku x meletakkan harapan setinggi gunung untuk menjadi blogger femes. Tetapi aku berdoa agar setiap post yang aku update dapat diterima baik oleh semua bloggers lain mahupun bukan bloggers.

Berbalik kepada topik yg sebenar. Baru-baru ni aku sengaja search links aku iaitu ikavanilla.blogspot.com. Ada la dalam 10 page centu. Dalam 10 page tu aku belek satu per satu nak tengok kot2 la link aku ni dah berkeliaran satu google ke tidak. Tengok punya tengok terjumpa dalam 4 webs yang linkkan blog aku. Ingatkan diaorang buat menda apa dgn link blog aku ni rupa2 nya ada yang buat blog aku ke senarai bloglist diaorang, ada yang credit blog aku dan ada yang link aku tersenarai dekat blog yang wajib di kunjungi.

Wah..wah.. blog x seberapa aku ni pun ada yang mention jugak yea. Terima Kasih banyak-banyak. Bukan apa cuma aku agak tersentuh dgn penghargaan walaupun kecil sebegini. Meh kita tengok bukti2nya.. huhu..


Click gmbr untuk tumbesaran.









Insyaallah... hari demi hari aku akan pertingkatkan prestasi blog aku agar lebih menarik dan cemerlang. Terima Kasih semua.. ^_^