Tuesday, December 17, 2013

Produk penjagaan harian milik MissVanilla

Assalammualaikum....

Hari ini aku nak share serba sedikit tentang produk penjagaan harian aku sendiri. Bukan nak menunjuk tetapi nak berkongsi dengan korang semua tentang produk apa yang aku gunakan untuk setiap hari-hari aku. Tak kira la waktu lepas mandi ke, sebelum tidur ke... semuanya aku nak cerita. Manalah tahu kot-kot ada sesetengah daripada korang belum tahu macam mana nak uruskan diri dengan apa2 produk penjagaan diri. Ok no problem... ikot je cara aku. Insyaallah... Sentiasa wangi dan berseri-seri.. hehehe...

Btw, aku bukannya pakai produk penjagaan yang mahal2. Semua produk yang aku beli ni murah2 je. Kat pasaran tu banyak ada jual. Jadi jom tengok gambar ni dulu. Yang ni ja aku selalu guna untuk harian.




Johnson's Body Care Oxygen Fresh Powder
Bedak ni selalu aku guna untuk harian. Digunakan selepas mandi pagi dan malam. Bau dia sangat menyenangkan umpama duduk kat tepi laut sambil menghirup udara yang segar. Actually, bedak ni juga pernah diiklankan di TV bersama Model&Pengacara iaitu Scha Alyahya. 

Safi Toner Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya
Toner ni wajib selalu aku pakai untuk melembapkan wajah. Selalunya orang akan pakai pelembap wajah untuk lembapkan wajah tetapi aku ni lain sikit toner pula aku gunakan untuk lembapkan wajah. Maybe toner ni sesuai dengan kulit aku. Selalunya aku akan gunakan selepas mandi pagi dan malam pada setiap hari. Kerana kulit aku ni jenis kering dan berminyak. Bau dia ada sedikit bau pokok lidah buaya. Aku cuma titiskan ke tapak tangan dan lumurkan keseluruh muka hingga kering. Lepas tu baru pakai bedak powder.

Johnson's Baby Powder Blossoms
Bedak ni pula sangatlah wangi . Aku memang nak suggest korang untuk belinya. Bau yang menyenangkan tambah2 pula bila pakai waktu malam sebelum tidur pergh!! aku rasa nenyak tidur tu sampai ke pagi. hehe..
Diguna setiap hari selepas mandi.

Rexona Shower Clean Deodrant
Deodrant ni agak tersembunyi sedikt hehe... sorry la yea. Tapi produk Rexona selalu dan setiap hari aku gunakan. Bau yang menyenangkan dan cepat kering. Tambahan pula semasa waktu aku masih sekolah dulu dengan berpakaian baju kurung putih. Deodrant ni langsung x melekit di baju dan juga tiada kesan kekuningan.

Johnson's Baby Oil
Minyak ni aku gunakan untuk melembut dan melembapkan rambut sewaktu rambut aku menjadi kasar dan keras. Minyak ini mudah menyerap lembapan ke dalam kulit dan boleh disapuukan ke bahagian kulit kering seperti di lutut,lengan,jari dan lain-lain. Tetapi cara penggunaannya untuk rambut perlu lah hanya kepada rambut dan jangan sapukan hingga ke kulit kepala. Takut nanti kulit kepala berminyak dan timbul masalah lain pula.

Perapi Sunsilk
Perapi ini aku gunakan juga sekiranya rambut kasar dan kurang bermaya. Jadi bagi pengguna shampoo Sunsilk bolehlah gunakan perapinya pula untuk rambut selepas mandi. Baunya sangat wangi!

Johnson's Baby Lotion
Lotion ni aku akan gunakan pada setiap malam sebelum tidur bagi menampakan hasilnya di waktu pagi. Untuk mendapat kulit lembut dan sentiasa lembap pakai lah setiap hari. Takde lah tangan tu nampak macam nenek sangat asyik duk berkedut sana sini je kan. hehe. Btw, aku sangat berpuas hati dengan produk Johnson's. Semuanya sangat-sangat hebat. Terima Kasih bebanyak!

Pucelle Cologne *Spring Sakura
Cologne ni memang debOOM! Wanginya ko takyah cakap memang sangat fresh giler. Aku aku spraykan ke baju setiap hari selepas mandi. Wangiannya memang membuatkan hari aku sentiasa dalam keadaan fresh dan bersemangat. Tetapi cologne ni hanya bau untuk diri sendiri je. Orang lain selalunya x dapat bau dengan jelas. Pilih Spring Sakura punya exstrak sebab yang ni je baunya lebih ok berbanding yang lain.

Victoria Secret Perfume Oil #Ciplak
Haha... aku sendiri pun x pasti minyak wangi ni ori ke tidak... tapi rasanya x ori kot. hehe. Minyak wangi ni dihadiahkan oleh Paktam aku. Ntah dari mana dia beli aku pun x ambil tahu. Tetapi wangiannya tersangatlah sedap baunya. Aku selalu titiskan ke pergelangan lengan dan dileher. Kalau kat pasaran aku x tahu la jual ke tidak. Victoria Secret la sangat! hahahaha.... 

Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
Yang ni pula aku beli sebab disuggestkan oleh mak menakan aku. Katanya boleh disapu ke bahagian yang berjerawat bagi mengurangkannya jerawat tumbuh dengan sihat. First time aku pakai memang berkesan sehingga lah ke hari ini aku still gunakan lagi. Bukan takat kurangkan jerawat je tetapi mengeringkan jerawat tu juga. Kalau rajin pakai selalu akan kurang lah jerawat tu. Tapi kalau malas aku x boleh kata apa. Cuma ini hanyalah antara produk yang berkesan aku pernah pakai untuk kurangkan jerawat berbanding produk-produk lain. Boleh didapati di Watson, Guardian dan di mana-mana Farmasi. Kalau nak beli kat supermarket or di kedai runcit itu aku tak pasti diorang ada jual ke tidak.       


No comments: