Wednesday, November 23, 2011

BHarian- Sekolah Menengah Vokasional dinaik taraf kolej 2013

KUALA LUMPUR: Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaiktaraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa.
"Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong-BN) yang bertanya bilakah kementerian akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara.
Mohd Puad berkata, kesemua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.

Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun).

“Pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu hingga Tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua,” katanya.

Mohd Puad berkata, antara 15 sekolah perintis yang terbabit adalah, Sekolah Menegah Kebangsaan Vokasional Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Vokasional Kluang dan Sekolah Menegah Kebangsaan Teknik Datuk Seri Mohd Zin.
Pada 2013, sebanyak 150 sekolah akan dipilih untuk mengikuti program asas vokasional yang membabitkan 9,450 orang pelajar, katanya. - BERNAMA



p/s: pada sesiapa yg masuk sekolah untuk 2013 mmg hebat laa sbb sklh korang dh dpt gelaran "Kolej" ika baru "SMK". tp bukan vokasional la. smk ampang,alor setar. teheee :)


ika nak tanya korang. korang semua dh join says.my? klu belum lagi meh join sekarang. says.my lebih kurang mcm churp churp laa.... kita boleh mendapatkan reward darinya. best taw... nak join klik SINI

bye... Assalammualaikum... ^_^

4 comments:

Pen MErah said...

gile ah cmne..muahahaaa

Unknown said...

@Pen MErah ada gelaran "kolej" plk tu. mmg gile

Unknown said...

KOLEJ????????????????????????????????????????????????????????? OK NAK JADI BUDAK2 BALIK BOLEH.HAHA

Unknown said...

@BiQa HatmiN boleh jaa hahaha...