Sunday, October 16, 2011

Hujan Air Mata untuk Rain

Askom....
sob...sob...sob... huhuhu.....
Bi Rain bakal meniggalkan ika selama 2 tahun. mne x sedih. ika dh peminat Fanatik dye. tp selama 2 tahun ni dye dh xde. merana rasanya hidup ini tanpa dye.
for your information, Rain bukan nk mati. cuma Rain akan pergi latihan tentera kerana umurnya telah mencapai 30 tahun. Di korea semua lelaki yg sihat tubuh badan yg berumur 20-35 tahun WAJIB menjalani latihan ketenteraan selama 2 tahun.


ni citer dari metro. nak buat ayat sendiri tp tengah bersedih nak buat cmne *ayat pemalas*. hbes meleh air mata atas keyboard ni. Hah korang peminat Bi Rain yg belum tahu lagi mengenai berita ni apalagi baca la.




SEDEKAD lamanya membina nama, Jung Ji-hoon atau lebih dikenali sebagai Rain, akhirnya dikenali berjaya sebagai bintang pop terkenal Korea Selatan. Bukan saja di tanah air tercinta, fenomena dicetuskan Rain turut tersebar di seluruh dunia termasuk menjadi perhatian peminat di Malaysia.

Bersandarkan wajah kacak dan bakat dimiliki, Rain digilai ramai. Namun, tuntutan negara tetap disanjung tinggi hingga akhirnya pada usia 29 tahun, pemuda kelahiran Seoul, Korea pada 25 Jun 1982 ini membuat keputusan meninggalkan seketika karier seni untuk menyertai latihan ketenteraan.

Di Korea, golongan lelaki yang sihat tubuh badan berusia 20 hingga 35 tahun wajib untuk mengikuti latihan ketenteraan selama dua hingga tiga tahun. Ia perjuangan untuk negara demi memperingati peperangan Korea yang tercetus pada era 50-an lalu.

Apapun, bagi menjalani latihannya Rain mendaftarkan diri di kem latihan di Uijeongbu 306 Reserve Troop Station di Wilayah Gyeongido di Selatan Korea.

Biarpun dia selebriti ternama di tahap antarabangsa, Rain mengakui tidak mengharapkan layanan istimewa sepanjang latihan.


Selasa lalu, kemunculan Rain di kem terbabit pada jam 1.10 tengah hari turut diiringi peminat fanatiknya yang yang menitiskan air mata dengan keputusan dibuat artis popular itu. Rain sanggup meninggalkan kariernya yang kini berada di puncak dan menyertai tentera.

Rain yang bermula dalam karier nyanyian, akhirnya mengorak langkah sebagai pelakon. Justeru, pada ucapan ringkasnya dia cukup terharu dengan perhatian peminat yang tak jemu memberi sokongan sepanjang perjalanan karier seninya.

“Terima kasih diucapkan kepada anda semua di atas sokongan diberikan sepanjang tempoh 10 tahun saya terbabit dalam karier seni. Saya turut meminta maaf kepada anda di atas keputusan ini. Namun, apa yang saya lakukan ini adalah satu kewajipan.

“Sebenarnya, saya menyangkakan berlaku kekecohan pada pendaftaran ini gara-gara tindakan membuat keputusan untuk menyertai latihan ketenteraan.
Apapun, saya harap dapat melakukannya dengan baik dan pulang dalam keadaan sihat,” katanya.

Sebagai tanda penghargaan di hadapan kira-kira 1,200 peminat bukan saja dari sekitar Korea yang datang ke kem latihan itu malah dari Jepun, Hong Kong Taiwan dan China.

Sebagai tanda hormat, Rain menanggalkan topinya dan mendedahkan rambut yang sudah dipotong pendek bersesuaian dengan imej seorang tentera dan sedia untuk berjuang.

Bukan saja peminat, sesi pendaftaran Rain turut mendapat liputan langsung dari lokasi yang dibuat stesen televisyen seperti TVN dan Mnet. Populariti dirinya yang hebat menjadikan Rain, selebriti tunggal Korea yang mendapat siaran langsung pada hari pendaftaran.

Sebelum mendaftar ke kem itu, Rain sempat meninggalkan hadiah istimewa buat peminat apabila mengadakan konsert Last For The Best di Gymnastics Stadium di Olympic Park, Seoul pada Ahad. Ia dihadiri kira-kira 20,000 peminatnya untuk menyaksikan aksi terakhirnya.

Dalam laman Twitternya, Rain mengumumkan konsert itu akan disiarkan menerusi stesen TV Mnet ketika dia menjalani latihan ketenteraan. Rain juga mengambil peluang untuk menziarah pusara ibunya.

Cukup popular dan dikenali ramai, Rain semakin menjadi perhatian peminat sejurus muncul dalam drama Sang Doo! Let’s Go To School pada 2003, diikuti Full House (2004). Malah, menerusi drama pertama saja dia menang anugerah Pelakon Baru Terbaik.

Turut berjaya mencipta nama di Hollywood menerusi filem Speed Racer pada
2008 dan Ninja Assassin (2009), keunggulan Rain di persada seni antarabangsa sudah dibuktikannya. Apatah lagi, filem Ninja Assassin melayakkannya menang MTV Awards pada 2010.

Sama ada nyanyian dan lakonan, Rain kini di prestij yang tersendiri. Oleh itu, sudah pasti keputusannya untuk berehat seketika dalam karier seni sukar diterima peminat. Malah, ada yang meramalkan keputusan Rain itu akan menggugat populariti dirinya.

Sehingga kini, Rain sudah muncul dengan tujuh album dengan perjalanan karier nyanyian cemerlang. Malah, nama Rain juga pernah tersenarai dalam kelompok 100 individu ‘Paling Berpengaruh Di Dunia’ oleh majalah Time di Amerika Syarikat
pada 2007 dan majalah People’s pula dalam tahun sama meletakkan namanya sebagai ‘Lelaki Paling Kacak Di Dunia’.

Seorang peminat Rain dari Sogang University, Kim Hee-ra, 21, berkata, dia sangat sedih dengan keputusan yang dibuat oleh bintang pujaannya itu.
Bagaimanapun, dia juga gembira kerana Rain berani mengambil risiko demi tanggungjawab pada negara.

“Tak dinafikan keputusan Rain menyertai latihan ketenteraan ini akan membawa risiko pada populariti dan karier seninya yang kini di puncak kegemilangan.
Namun, saya juga yakin ia takkan terjejas lama jika dia muncul dengan semangat baru,” katanya.

Bagi Lee Jin-young, 22, pula, dia menyifatkan Rain mungkin tidak lagi popular seperti dulu kerana tidak mendapat publisiti dan laporan media selama dua tahun.

Katanya, sepatutnya Rain menyudahkan latihan ketenteraan itu ketika usianya
awal 20-an.

Sementara itu, aktor popular Korea, Song Seung-heon yang pernah mengikuti latihan ketenteraan terbabit pada 2004 memaklumkan dia juga pernah menyangka bakal mengalami kejatuhan popularitinya. Namun, ujarnya sangkaan itu meleset kerana dia lebih berjaya sekarang.



p/s sob..sob..sob..huhu jgn tinggal daku Bi Rain!!!

No comments: