Saturday, August 20, 2011

Wanita godam laman web hina Nabi

askom....
x ku sangka ada juga yg baik hati. sanggup pi godam laman web org lain kerana hina Nabi kita...
Congratulations untuk wanita tu.

****************************************************************


DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin.

Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.
Gadis itu berkata beliau turut memusnahkan sejumlah laman web lucah dan menggodam sistem komputer lelaki muda yang cuba menggugut gadis dengan mengancam menyiarkan gambar peribadi mereka.
Akhbar Arabnews melaporkan gadis berkenaan mendapat kemahirannya dalam bidang itu kerana minatnya mempelajari perkara baru dalam lapangan teknologi maklumat.

Nouf berkata beliau menceburi dunia penggodam untuk menyelamatkan gadis yang diugut lelaki yang mahu berkahwin dengannya dan memperoleh gambar peribadi gadis itu. Rakan mangsa meminta Nouf mencari penggodam di Amerika bagi menyelamatkan gadis itu.

“Malah, saya menghubungi beberapa rakan penggodam di universiti dan belajar seni menggodam,” katanya. – Agensi
 
*******************************************************
bukan malas nak menulis tp ika dlm kebuntuan kerana xde idea nak menulis cerita... 
Harap Maklum....

4 comments:

Unknown said...

bagus nye die..:)..smge die dpat hidayah dr Allah.....

Unknown said...

@cweety kadbury amin..

Unknown said...

hurm,,mcm2 org skarang, kann ? :|


http://fyapelangi.blogspot.com/2011/08/tazkirah-ramadhan-5-kan-best.html

Fathuisme said...

Bukan susah pun nak buat baik :)