Saturday, March 22, 2014

#Throwback Kisah Lampu Rumah Terpadam

Assalammualaikum...



Pernah alami saat2 lampu rumah terpadam sewaktu bersama keluarga atau sendirian. Ya! aku pun pernah, banyak kali dah alaminya ketika sendirian dirumah. Cerita bawah ni diantara yang paling annoying sekali.  

Cerita ni agak ringkas dan bukannya ada cerita hantu pun. Jadi jangan x baca pulak.

Pada malam tu.. aku duk sendiri kat rumah manakala ayah aku pergi keluar amek mama aku balik dari kerja. Jadi selalunya kalau duk sendiri aku akan tengok TV atau main komputer. Tapi malam tu aku tengok tv ja. Henfon pula aku letak kat meja yang agak jauh sikit dari sofa aku baring tu. Tiba-tiba... tup tup lampu terpadam. Mata pun jadi kelam serta merta. Dan pastinya aku jadi kelam kabut waktu tu siap dengan perasaan takot mulai menguasai diri. Mulalah aktiviti raba di sisi kiri dan kanan nak cari henfon... x jumpa jugak. Pastu aku berdiri nak berjalan sambil dua2 belah tangan mendepa ke hadapan sebab nak cari kunci atas meja berdekatan dengan meja komputer. Bila dah rasa kunci tu nak tengok pula sebab nak ambil kunci moto.. tp x nampak langsung kan gelap waktu tu. Last2 aku genggam kesemua kunci dan jalan lagi ke depan pintu sliding nak keluar. Letak selungguk kunci kat meja luar pastu cari pulak kunci moto aku.

Dalam hati aku.. aku ingat nak start moto supaya lampu depan moto menyala jadi senang nak suluh ke dalam rumah yang gelap. Malangnya.. lampu moto aku x berfungsi. Arggh! geram gila aku waktu tu. Masa kat luar tu aku boleh nampak sikit sebab bulan terang barcahaya. Tapi kalau masuk ke rumah balik memang gelap x nampak apa2. Jadi aku amek keputusan nak masuk ke rumah balik cari henfon dulu. Banyak benda aku raba kat sofa aku baring tu.. langsung x jumpa henfon. Bila raba kali ke2 kat meja sebelah sofa baru jumpa henfon. Alhamdulillah... lega sikit waktu tu. Buka ja screen henfon kira nampak cuma sikit2 je laa cahaya dalam rumah aku tu.

Otak dah set awal2 lagi nak cari torchlight milik ayah aku kat dalam bilik. Dengan menggunakan sedikit cahaya screen fon dah jumpa pun torchlight tu. Lepas tu aku pun suluh ke bahagian dapur nak cari lilin entah kat mana letak pun x tahu. Cari punya cari di setiap laci... akhirnya jumpa jugak!. Buka api dapur-cucuh ke lilin yang ada dua batang ja waktu tu terus tempek kt tudung periuk yang kecik punya. Letak jaa kat hadapan ruang tamu.... dahhh nampak balik dalam rumah tu. Tapi yang masih gelap hanya bahagian dapur dan dalam bilik jaa.  Bila lilin pun dah pasang.. terperuk pulak aku kat rumah tu sensorang. Duk terfikir bilalah ayah aku ni nak balik hah..

Sambil tunggu tu aku buka lagu2 dalam fon supaya x rasa sunyi sangat. Tapi ko tahu tak manusia ni sentiasa dianugerahkan sifat takot2 dan ragu2. Jadi setiap bahagian rumah yang masih gelap tu aku akan toleh berkali kali sambil suluh dengan torchlight takot2 ada something kat situ. Maksud aku mana2 makhluk yang berkemungkinan muncul dengan tetiba. Bila dah x tahan duduk sendiri kat rumah aku call si yana jiran aku tu nak ajak dia keluar bersembang kat depan rumah. Bukan rumah aku jaa x da lampu tapi satu taman ko nak tahu. Agak menyeramkan juga waktu tu.. toleh kanan jiran sebelah rumah awal lagi keluar jenjalan entah pergi mana aku x tahu...toleh kiri xnampak pun orang pasang lilin kat rumah. Hmm... lantak korang r...
Habis tu aku keluar menyembang dgn si yana kat luar. Tup2 abang aku call melalui henfon dia tanya kenapa dia call fon rumah x angkat... aku cakap yang aku kat luar duduk kat kerusi depan taman dengan si yana. Pastu dia suruh aku call balik.. cait punya abang! nak save kredit la tue.

Balik semula ke rumah aku call abang aku.. sambil duk berborak tu tetiba mak ayah aku dah balik... selang setengah jam lepas mak ayah aku pulang tu lampu rumah dah ada balik. Aku pun fikir... Saja la tu nak test aku waktu aku duk sendorang kat rumah. Sejak2 lepas kejadian tu torchlight, henfon selalu ada disisi aq. Mana taw lampu buat perangai lagi... jadi perlulah lakukan persedian awal.... Hahaha...



p/s: aku jamin korang pasti bosan dengan cerita aku kat atas kannnn.            

No comments: