Sunday, March 9, 2014

Alhamdulillah....

Assalammualaikum...

Berminggu-minggu jugak aq x update blog. Kadang on9 tapi nak tulis post x da plk idea yang menarik. Huhu sedih bila bertemankan fb je memanjang. Eh! lupa nak memperkenalkan laman Pinterest yang baru jugakla aq buat. Sangat best! Bagi yang nak decor2 rumah dan belum mendapat idea.. boleh la join Pinterest sekarang! Macam2 ada.. Ini acc pins aq.. http://www.pinterest.com/sharifahzalikha/ . Follow taw. Now, aq nak cerita apa yang terjadi di waktu past and present.

Start dari minggu lepas lagi aq dah kecut segala perut dan kaki menunggu hari test JPJ kereta dan moto. Bila moto dah dapat latihan sekurang-kurangnya dalam 2 hari sebelum hari jpj maka legalah aq sebab test moto xde lah membimbangkan. Bila nak latih kereta pulak diorang cakap yang jadual guru mengajar sudah penuh. Biasalah bila nak latihan keta kan kena ada guru mengajar. Tapi bila dah kata macam tu aq pun xlaa tanya banyak dah sebab awal2 lagi aq dah tahu benda ni akan terjadi. Jadi dalam seminggu daripada menunggu hari jpj aq sendiri mintak ayah aq ajar aq bawak keta. Sehari sebelum hari jpj adalah ayah aq ni suruh aq bawak keta ikut jalan maut *jalansebelahsungaisebelahlagibendang*. Bila dah tiba hari jpj Alhamdulillah aq Lulus test jpj bagi keta dan moto. Terima Kasih ya Allah.

Sekarang ni cerita tentang present pulak. Dalam2 aq kecut perut,pening kepala sebab jpj ada pulak berita mengenai kapal terbang Mas MH370 yang dikatakan hilang secara misteri. Kapal tersebut masih belum belum ditemui. Aq ada jugak baca dari fb, diorang kata dah dijumpai. Entahlah mana satu yang betul aq xpasti. Kejadian yang terjadi ini sangat menyedihkan. Tapi... aq berharap agar keluarga mangsa penumpang dan keluarga mangsa krew kapal terbang supaya banyak2 bersabar dan berdoa untuk keselamatan mangsa kapal terbang MH370. Bagaimana pun semua ini terjadi adalah kehendak Allah SWT. Insyaallah semua akan berada dalam keadaan baik2 belaka. Aminn...
Post a Comment