Wednesday, September 11, 2013

John dan Ren

Assalammualaikum...


Diantara kucing korang.... kucing aku yang paling biasa ja. 
Xlar comel mana pun. Tapi dekat mata aku dia comel sangat. 
Nak tahu x... sebenarnya dulu mama aku larang aku bela kucing. Tapi aku degil jugak. Tiba lah satu hari tu dalam 3 tahun lepas ada seekor kucing ni bulu perang nak kelabu.. dia datang rumah aku dari pintu belakang, dekat dapur. Dia tengok aku. Pastu dia miow-mioww. Sebab lapar rasanya. Jadi aku bagi la dia makanan.. Xsangka esok tu dia ada lagi kat rumah aku. Asalnya nak halau ja... tapi kesian sangat. Dia kecil lagi. Ikot hati ingat nak bela... tapi bila fikir balik mama aku bagi ke bela kucing. Hmm..xpe la bela ja... nanti makanan aku sediakan. 
Kalau dia berak aku sanggup kutip buang.
Dari mula aku bela sehingga dekat seminggu baru mama aku benarkan dia tinggal sini. Siap pernah beli makanan kucing lagi.Makin lama makin sayang aku dekat kucing tu. Kami namakannya John Miow. Walaupun nama agak pelik tapi family aku sayang dekat dia. Sebab dia kucing pertama aku bela.




Tak pernah pulak aku ambil tahu pasal umur John. Bela pun kucing terbiar. Lain la macam korang bela kucing Parsi kacuk bagai. Sejak bela John makin ramai pula kucing terbiar datang rumah aku...
Dari muda,dewasa,janda,tua.... Mak aiii.. satu keluarga ka.
Keja dia petang2 buta tido ja. Malam berjaga minta makanan. Dah macam burung hantu.




Masuk tahun ni aku bela lagi 2 ekor kucing sejak 4 bulan yang lalu. Betina dan jantan. Awalnya jantan yang datang, esok tu betina pulak datang. Masih kecik lagi. 
Niat datang rumah aku paham2 jelaa kucing datang rumah mintak apa. Kannn.... 
Betina nama Ren. X pun Bi Rain macam penyanyi korea tu. Haha... 
Xlar namanya Bi Ren saja. Elok namanya yang ini daripada ayah aku nak letak nama Ren Elizaberth. Gojesnya nama kau Ren. Manakala jantan pula nama John Labu (Kelabu). Bila Ren jalan ja nampak sebijik jalan macam hamster jenis jalan cepat. Labu pula kucing yang cool. Paling cool diantara kucing aku yang lain. Nampak mature pun ada. Dah2 la.. nanti terlebih mengarut pulak. Tapi john xde waktu aku nak ambil gambar dia. Ren saja la yang ada.



 Semakin membesar Ren ni. Dia diantara kucing berbulu lebat yang aku pernah bela.
Sangat comel. Petang2 kerjanya rileks sahaja. Cuma sentiasa berada di atas tembok pagar rumah dan duduk,lena,bersahaja. Kita tak, kita x macam mereka, kita kan manusia, kerja ada 
dikeliling pinggang, kesiannya kita kan...Hahaha. 




Sekian,terima kasih. 

Post a Comment