Monday, August 12, 2013

Hari Raya & Majlis Kenduri Kahwin Izwan & Mastura 2013

Assalammualaikum....

Seperti selalu aku akan tulis blog ringkas-ringkas ja. Sekarang ni aku nak karang panjang-panjang pulak. Biar hampa x larat nak baca walaupun aku rasa memang payah sangat orang nak baca apa yang aku tulis ni.. hehe. Ok guys... macam mana hari raya yang lalu. Mesti best kan. Kalau aku ermm ok laa xde la rasa macam x raya sangat. Family pun banyak yang datang beraya. Tapi kalau kenduri pula... boleh aku katakan rasa macam nak gila. Ramai gila orang datang rumah. Kad kenduri hanya 200 ja, pi memanggil orang lebih daripada tu. Actually, yang rumah aku ada kenduri ni sebenarnya untuk sepupu aku yang lelaki ni namanya izwan datang dari Belgium. Ibu dia orang melayu kita la. Dia kahwin dengan jiran aku Mastura namanya. Biasala pilihan keluarga masing-masing. Kenduri satu saja bergabung sekali dengan pihak perempuan dan pihak lelaki.

Walaupun raya rasa biasa2 ja tetapi kenduri kalau korang tak tahu fuhh dah macam nak adakan funfair. Semua ni idea keluarga, ayah aku, jiran2 dan kawan2nya. Bab2 nak hias segala bagai serah ja kat diorang memang nampak gempak r. Katering seperti biasa keluarga aku ambil iaitu Haji Jemili Katering. Bukan makan katering tu ja yang ada.... benda lain pun turut ada seperti yang dirancang ayah aku dan kawan dia. Ko nak apa, teh tarik? laicikang? ketupat dan rendang?... semuanya ada. Yang aku senarai tu ja yang ada hoho...

Erkk? terlebih panjang pula aku karang. Sekarang nak tunjuk gambar pula. Start dari Hari Raya sampai la Kenduri kahwin.


Hari Raya 2013


 Tahun ni pakai biru pulak. Terbekenan dengan baju ni walaupun biasa saja pattern dia.
Tudung corak ala-ala najwa latif cuma lainnya aku ni Sharifah Zalikha ja. Haha.


Yang baju oren ialah abang aku Syed Zainal dan biru tu Syed Zhubir. 


Kawan2 yang datang dan pergi beraya bersama.




Majlis Kenduri Kahwin Izwan dan Mastura 11/8/13



Pelamin buatan tangan Abg Bad. Asalnya x nak buat pelamin sebab nak save bajet. Tapi diorang pihak lelaki nak buat jugak. Depa pun buat la sendiri.


Ketibaa pengantin di sertakan paluan gendang silat dan seorang crew yang ambil video pengantin. 
Eh crew mana ni? ni mesti pihak lelaki yang plan kan.


Yang baju biru tu adik bongsu Izwan dan yang rupa seperti Adira AF tu kak ipar Mastura.


Sesi menyaksikan demo silat 


Tetamu ramai sangat sampaikan aku pun kena jinjat kaki kes terlalu pendek sangat kot. 
Eh xlar... aku sederhana ja. ahaha.


Abg Izwan dan Mastura. Bila di ambil depan2 baru la nampak batang hidung. 


Inilah sepupu aku belah mak aku yang datang kenduri. Sebenarnya ada banyak lagi ni.


Keluarga sendiri kena makan dulu baru ada tenaga nak buat kerja. Awal2 banyak gila lauk pauk. Bila terlalu banyak sangat orang datang last2 lauk pun dah habis. Cepat gila laku!


Keluarga aku. Tengah duk layan kawan datang tetiba diorang dah ambil gambar xde laa muka aku dalam gambar ni. sob..sob..


Keluarga abang Izwan dari Belgium. 


Kengkawan yang sentiasa bersama aku. Turut datang kenduri memeriahkan lagi majlis. Aku nampak pelik pakai tudung tiga layer. Lepas ni xmo pakai dah.




Last but not least, letih juga adakan kenduri ni. Awal tu mana dengan raya lagi pastu nak kemas rumah untuk kenduri pulak lagi. Memang nak tidur pun awal2 pagi kena bangkit dah. Dugaan. 
Sekarang ni bila dah habis kenduri rasa lega sikit. Boleh jugak duduk tengok tv. Sempat juga menulis blog. 
Peace yo!





Perlukan perkhidmatan seperti CCTV system, Alarm system, Card Access system, Fingerprint Biometrix system, Online Time Attendance system, PANASONIC PABX keyphone system, Autogate/Sliding/Swin/Folding hubungi MH Security System sekarang!

Taman Selayang
68100 Batu Caves

Phone: 017-876 3806
Email: mh_securitysystem@hotmail.com


Post a Comment