Tuesday, July 16, 2013

A bit of memories in 2013

Assalamualaikum...


Akhirnya aq upadate blog juga. Oh hi semua... kenal lagi tak siapa saya. Ni ika laa.
Lorh dah lupa lettew. Hurmm.

Hahaha. Boleh pulak pi tanya korang, macam la korang kenal ika sangat. Btw, sejak akhir-akhir ni memang x da idea langsung nak curah dekat blog ni walaupun blog sendiri. Apabila jarang update blog ni biasanya orang kata kita busy, tapi ika ni x busy pun cuma malas nak fikirkan idea baru untuk tulis kt blog ni.

Ok let's begin, firstly, ika nak habaq kt korang semua yang sebelum2 ni memang banyak la pengalaman ika. Cumanya ika rasa kalau nak tulis tu boleh habis satu page ni silap2 kena sambung di page yang lain pulak kan. Harini ika cuma nak kongsi satu jelaa pengalaman haritu sewaktu Kejohanan Balapan & Padang di Smk Seri Ampang (sekolah ika). Rumah sukan ika warna Merah (Pahlawan).  Majoriti budak2 rumah merah ni memang ambil acara contoh dia mcm 4x100 meter,200,100,Lontar Peluru, dan dll la kan. Kalau ika pula ika ada ambil acara tarik tali dan lontar peluru. Lontar peluru tu sewaktu saringan pertama cuma dapat nombor 4 kira dah kalah la. Yang tarik tali pula... Meh sesama kita tengok gambar diiringi cerita ika.



Semua gambar ni diambil oleh Cikgu Ismida. Time ni adalah saringan pertama acara tarik tali diantara rumah Merah & Kuning. Ika dah dapat agak yang rumah kami akan kalah sebab diorang lebih kuat lagi.
Ternyata kami kalah sob..sob :'(

Tengok tu haa. semua pakat duk dongak dagu waktu nak undi dgn syiling untuk rumah siapa akan dpt pilih tempat tarik tali.

Barisan hadapan ialah ika sebagai ketua tarik tali rumah merah seterusnya adilah kawan sekelas dan rakan2 seperjuangan lain di belakang.

Arghh urghh tarik!!! tarik!!... haha. Kekuatan kami diapatahkan oleh pasukan rumah Kuning. Depa kuat owww. 2 kali lawan dengan depa kalah wey.. malu gak bhaii.

Harapan kedua, waktu ni tengah tarik tali dengan pasukan hijau pulak. X perasan pulak ada crush aq kat situ. hehe.

alolo kesian rumah hijau. cara tarik pun dah berubah..haha. Sorry la wey time ni harus milik kami.

Round pertama dh menang. yang ni second round pula,
Yeay menang!!!! Rumah merah kalahkan rumah hijau. Kami hanya dapat ranking nombor 3.
tetap..Alhamdulillah....

 Hat yang gemuk tu ika laa. Rimas pakai tudung hitam tambah2 pulak pakai syria lagi la nampak hodoh. Kalau ada bawal ok lagi. Tapi masalahnya xda. hurmm.

Sewaktu tabik hormat!

Yang dibelakang sekali tu nak kata burung x la macam burung sangat. Ianya lebih kepada Burung dicampur Power Rangers. HAHA. Tapi cayalah merah. Kami memang sempoii.

Inilah gambar terakhir dari pasukan rumah merah kami. Kitaorang Johan Perbarisan mehh.
Yang Pegang bunga mangga dah buley buka langkah silat tu, yang pegang sepanduk dia umpama pengantin baru lepas kena culik saja. Tapi gaun tu u olls nak tahu bertingkat-tingkat oww...memang cantik.


Last but not least,
Tarik tali tempat ke-3


Sekian daripada ika, Wassalam. peace yo!

Post a Comment