Saturday, July 20, 2013

Akhirnya!

Assalammualaikum! 



JENG-JENG-JENG!




KEITH MEMPERSEMBAHKAN!



Lawak Kampus Komplikasi Mantap!


Hmm... TEBALLLLL..

watak2 dalam cerita ni memang lawak belaka.


Alhamdulillah... akhirnya dapat juga buku ni. X sia2 ika labur duit demi beli buku ni saja.
Tambahan pula harganya berpatutan dalam RM 29.90 sahaja.
Orang lain datang ke Popular beli buku tentang pelajaran ika pula datang beli buku komik ni. 
Haha... biar la duit sendiri kannn. 
Dekat berjanggut jugak la duk tunggu bila laa dapat beli buku ni.
Bila dah dapat tu lega rasanya hati ni. Walaupun lepas raya ni terus exam percubaan spm tapi ika masih nak kan sesuatu yang boleh diluangkan masa. Agar xda la kusut sangat.
Komik adalah hobi ika. Selalunya perempuan kan suka baca novel2 cinta. Tapi  ika ni lain sikit. Kalau bab2 baca buku komik yang santai macam ni, tebal mana sekali pun tetap cepat habis baca. Dah beli kelmarin awal2 lagi start baca tapi baca sikit dulu laa. Bukan apa cumanya baru beli ja. Kang bila dah habis baca dlm 1 hari kan rugi nanti.
Lain pula novel, haritu adala baca novel ni tak la tebal mana pun cumanya orang lain dah 2-3 hari boleh habis baca ika pula tunggu dekat seminggu baru habis. Memang ika x da chemistry langsung dengan novel2 nih.



hmm tu jaa nak cerita. Kalau xda cerita ika nak je diam terus, kalau diam je bersawang jugak blog nih.
Baik luahkan saja apa yang nak diluahkan walaupun kecil saja x kira la sesuatu itu mampu memikat pembaca atau tak. Selagi blog ni x ditutup, maka selagi itu cerita ika tidak akan tamat. Sekian Terima kasih. :)



No comments: