Tuesday, July 10, 2012

Mana Hilangnya Juwita?



Setiap hari, seramai 14 orang dilaporkan hilang di serata Malaysia. Sejak lima tahun yang lalu, sebanyak 25,243 remaja hilang dan sehingga hari ini ada di antara mereka masih tidak dijumpai. Dan Juwita, adalah salah seorang di kalangan mereka. 
  
Kisah ini bermula dengan Anggun, kakak Juwita yang ingin membongkar kehilangan adiknya. Anggun, gadis kampung merantau ke bandar setelah mendapat tahu Juwita hilang. Juwita yang selama ini menjalani kehidupan sebagai pelajar dan juga model separuh masa di ibu kota disyaki terlibat dalam kancah pelacuran dan kegiatan dadah.   Dua minggu sebelum kejadian kehilangan Juwita diketahui, sebuah parti liar telah dianjurkan di ibu kota . Semua model-model popular dan orang bandar menghadiri parti tersebut. Pelbagai insiden berlaku di parti itu sehinggakan sekujur tubuh kelihatan dihapuskan. Adakah itu Juwita?   

Akibat tidak dapat menghubungi Juwita selama beberapa hari, Anggun tidak dapat duduk diam. Nalurinya mendapati ada sesuatu yang buruk menimpa Juwita. Berbekalkan alamat yang diberikan Juwita setahun yang lalu, Anggun mengambil keputusan untuk ke bandar bagi mencari adiknya. Dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur , dia terlibat dalam kemalangan dan hampir dirogol oleh orang mabuk yang berkeliaran di flat usang. 
  
Anggun ingin melaporkan kehilangan Juwita dibalai polis, namun Detektif Yuni menasihatkannya agar tunggu terlebih dahulu. Akibat terdesak, Anggun menghubungi Haider, bekas kekasihnya untuk mendapatkan bantuan. Mereka sudah lama tidak bertemu selepas Haider mengambil keputusan untuk merantau ke kota kerana patah hati. Adakah bantuan itu berhasil? Dapatkan Anggun membongkar misteri kehilangan Juwita? Adakah Juwita benar-benar terlibat dalam kancah maksiat ibu kota ?  
  
Untuk mengetahui kisah selanjutnya, saksikan drama bersiri Mana Hilangnya Juwita? di Astro Ria, bermula 9 Julai, jam 10 malam untuk episod 1 dan 2, jam 9 malam untuk episod-episod seterusnya. Lakonan mantap Erra Fazira, Umie Aida, Lisa Surihani, Zahiril Adzim, Azhan Rani, Syazwan Zulkifili, Raja Ilya dan Diana Johor.

No comments: