Assalamualaikum!
Wahh wah.... lama dah nama ika tak berkumandang di blog sejak akhir-akhir ni.
Well... ika agak busy sikit. *pirah... busy konon*
Entah2 tak da siapa dah kenal ika. Besala x hot nak kata pun. Mana ada orang sebut nama ika dibibir mereka sendiri. Lain la mcm mama ika tu. Ika! Ika!! Ika!!!!!!!! *sja buat teruk*
Nama ika dipanggil atas urusan mengemas rumah sepanjang cuti sekolah seperti itu,ini dan lain-lain.
(ku karang pendahuluan dahulu lepas tu baru masuk isi..... hahaha)
Amacam cuti sekolah haritu. Best tak? Korang pergi mana? Buat apa?
Pastu apa jadi?
Tengok! bertapa banyaknya ika nak tanya korang. Mana tau time cuti haritu korang ada pi jalan-jalan ker, x pun pi bercuti dimana-mana ker. Teringin jugak nak tahu korang pi mana sepanjang musim cuti sekolah haritu. Ehemm...ehemm... klu ika pulak, ika sekali dengan family pi Selangor dekat Sungai Buloh melawat rumah mak saudara.
Yang ini wajib kena pi sebab pak tam ika yang berharap kami pi sana. Besalah... melawat rumah baru beliau yang dipindahkan dari flat atas turun kebawah. Sekalian pak tam pun ada pasang Astro baru siap bley dengar bunyi dentuman akibat tempias Home Teater katanya.
Lepastu, family ika dgn family pak tam pi Melaka pulak melawat rumah abang ika iaitu abang nombor 2.
Awalnya dia x rekemenkan rumahnya dilawat sebab dia cakap rumah dia buruk. Alik2 bila kami sampai sana elok pula rumahnya, luas pula ruang rumah dia tp sedih pula bila bantal x cukup nak tidur sampaikan ika terpaksa pakai beg plastik dimasukkan segala baju2 busuk yg belum dibasuh untuk buat bantai empuk. Sedih nak katapun.
Semasa kat sana, banyak tempat yang kami pi melawat contohnya kami pi Dataran Pahlawan. Dekat situ kami naik Menara Taming Sari. Best owww naik tu... sekali dia bawak naik, segala bangunan kita bolah nampak dari jauh mahupun yang dekat. And then kami pi menjelajah di Dataran Pahlawan Megamall untuk bershopping dan bergitu juga ditempat-tempat lain.
Baju merah tu abang ika yg ika kata tu... abg zhubir namanya.
Ika lah diantara org yg berpakaian simple2 ja.
Sepupu ku berbaju biru yang berbau kedai. hehe...
Balik dari rumah abang ika. Kami pi melawat rumah Ami Z iaitu abg kepada ayah ika. Pak saudara la senang cerita. Duk situ mulalah kaum org tua2 menyembang. Ika dan sepupu duk kat meja makan sambil makan bihun goreng. Lapar weyh...lapar.
Selepas tu, ika dan family pi bertapak di Klang iaitu rumah adik mama ika untuk tidur kat sana buat satu malam. Esok pagi tu lepas breakfast kami bertolak pulang. Tak sangka banyak jugak kenangan yang kami dapat dari sana semasa bercuti. Sebenarnya banyak lagi yg belum ika cerita. Tapi bagi orang yang suka buat ringkasan macam ika nih mmg agak malas untuk buat karangan sepenuhnya. *malas kay malas*
Yang ika pulak x dapat buat lesen motor time cuti tu sebab namapun nak pi berjalan-jalan.
Erm xpalah laa. Nanti ja ika ambil lesen motor sekali dengan kereta lepas SPM nih.
*yang nak suruh ambil lesen kereta tu bukan ika, tp walid(ayah) ika. Mmg kenalah kali ni*
Sekian...Wassalam. ^^
No comments:
Post a Comment