Tuesday, April 19, 2011

Silat Seni Gayong Malaysia


Silat Gayong dicipta dan diasaskan oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd. Hashim. Beliau dilahirkan pada tahun 1915, dan berketurunan Bugis. Beliau merupakan cicit kepada Daeng Kuning atau lebih dikenali dengan panggilan Panglima Hitam. Meor Abdul Rahman mula mempelajari ilmu persilatan ketika berusia 12 tahun daripada nenda sebelah bondanya, iaitu Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal merupakan salah seorang hulubalang Pahang yang turut sama berjuang menentang campur tangan Inggeris di negeri Pahang. Syed Zainal mewarisi ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan Bugis yang tinggal di Jambi, Sumatera.

Beliau telah dikhatamkan oleh  "Laksamana Hang Tuah" di dalam mimpinya ketika beliau tertidur di atas sebuah batu hampar hitam di tebing sungai dalam kawasan hutan Menam, Thailand. Beliau telah dicurahkan segala rahsia ilmu kepahlawanan dan mempertahankan diri, seterusnya diamanahkan untuk mengembangkan Silat Seni Gayong ini seluas-luasnya, dengan mengikut syarat-syarat tertentu, pada masa-masa tertentu.

Perkataan silat itu pada umumnya bolehlah difahamkan sebagai suatu teknik pembawaan bunga-bunga tarian dan pelajaran silat gayong itu pula dimaksudkan kepada buahnya yang sebenar, yang mengandungi hikmat-hikmat kesaktian yang menakjubkan, kepantasan yang luar biasa dan kepintaran yang mengelirukan, yang terkandung di dalam kandungan gerak semula jadi, iaitu pergerakan pantas secara automatik.

Silat Gayong yang mengandungi pelajaran sepak-menyepak, tumbuk-menumbuk, tikam-menikam, tangkap-menangkap, hempas-menghempas, buang-membuang, sekat-menyekat, elak-mengelak, hadang-menghadang, tangkis-menangkis dan seumpamanya lagi itu adalah menjadi pakaian keperwiraan kepada setiap lelaki dan wanita. Pelajaran ini amatlah berguna dalam masa kecemasan bagi mempertahankan diri sebagai perisai untuk menghadapi serangan musuh atau lawan.

Dalam suatu pertarungan yang menggunakan sepenuh tenaga kekuatan dan kepintaran untuk mengalahkan lawannya, sama ada dengan menggunakan senjata ataupun tanpa menggunakan senjata, pertarungan yang seumpama itu biasanya dinamakan Gayong. Tetapi pelajaran silat yang dimaksudkan kepada bunga-bunga tarian bagi pelajaran gayong itu adalah lebih merupakan pertunjukan atau persembahan yang tertentu, umpamanya untuk menyerikan sesuatu majlis keramaian, atau kerana sesuatu upacara istiadat di dalam kebudayaan Melayu. Maka di dalam pertunjukan yang seumpama itu, ia tidak lebih dari persembahan sebagai imabsan pertarungan yang dipenuhi dengan keindahan seni bunga-bunga tarian dalam pelajaran silat gayong. Ia disampaikan dengan penuh ketenangan jiwa, sabar dan bertata-tertib dan tertaklub kepada taraf majlis di mana persembahan itu diadakan. Persembahan seumpama itu dinamakan bersilat.


entry ni bukan sye reka sendiri tp sye copy paste je. sorry nohh... nak taw cerita lanjut sila search laman web nih:

http://silatgayong.org/

dalam korang duk baca entry nih sye pown ahli silat seni gayong jgk.... tiap2 hari dtg latihan di sklh. nak taw sklh mna... tentunya smk seri ampang, kedah. klu kenai sapa2 di sni. mai r jumpa kami. hehex...
k lah itu je sye nak berkongsi dgn korang semua tentang cerita ini..... sampai di sini saja bye... Assalammualaikum.....

Kata Bersahut, Goyang Bersambut!

2 comments:

shamyheart said...

Kata bersahut, gayong ke goyang bersambut?

bagus masuk silat..

http://sha-myheart.blogspot.com/2011/05/dokumentari-silat-dijangka-dapat.html

Buanglah word verification tu yer.. ni caranya"
http://sha-myheart.blogspot.com/2011/03/tutorial.html

Unknown said...

erk.... gayong... hehe.... thanks....