Saturday, August 17, 2013

Tanjung Dawai

Assalammualaikum.

Hari yang baik membuatkan aku pun nak tulis sesuatu dengan baik. Baru2 ni mak tam adik mama aku datang rumah kira-kira 2 hari yang lalu. Ada la petang tu kami keluar beli barang dekat Tesco Stargate dan keluar makan di Tat Nasi Ayam jalan Shahab Perdana, Alor Setar. Esok tu pulak mak tam aku ajak pi Tanjung Dawai pulak sebab diorang nak beli ikan2 kering yang sememangnya ada dijual disitu. Kalau korang  datang Kedah cer singgah pulak dekat Tanjung Dawai.


Mak Tam aku ni siap ingat nombor kedai ikan kering lagi. Yelaa sebelum ni pun pernah datang jugak.


Mak Tam yang sporting


Pak Tam yang cuba buat muka pelik awalnya dikerah oleh aku supaya buat muka lawa sikit sebab gambar dia akan masuk belog ni haha...


aku kisah hape pakai baju t-shirt. Aku kan simple!


Bihun Sup Ayam, Teh O Ais Limau, dan cili sebagai tambahan. Makan biasa2 ja. Tu pun sedap juga.


Kalau naik bot dari Tanjung Dawai boleh pergi ke Pantai Merdeka kat seberang sana tu. Kira cepat lagi perjalanan berbanding naik kereta terus ke sana. Tapi ikut jalan la xkan naik kereta dalam air kot. 


Sebelum pulang kami singgah dulu dekat tepi laut. Ni sepupu aku Yasmin. 
Dia cuba feeling ala-ala Saloma Celop kan. Hahaha.


Jom pi Kedah!


Tudung aku agak sensitif. Bila kena angin dia akan herot kemetot. Disebabkan itu aku sentiasa cuba lari dari angin. Tapi haritu aku gagal maka hasilnya foto yang diatas ini. 




sekian, bye2.

No comments: