Tuesday, July 30, 2013

Pelajar 5 Ekonomi Berbuka Puasa di D'Samila

Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera.

Di petang yang hening ini beserta bahang yang panas ika menulis ceritera yang seterusnya berkaitan dengan kawan-kawan ika yang kesemuanya adalah pelajar2 kelas 5 Ekonomi yang berbuka puasa bersama-sama di restoran D'Samila pada hari Khamis 25/7/13 yang lalu.

Pada asalnya, Guru "PK HEM" kami mencabar kami yang form 5 ni untuk adakan sendiri Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih di sekolah. Majlis ni diuruskan oleh budak perempuan kelas 5ekonomi sendiri. Segala perihal surat2 kebenaran untuk ibubapa, kutipan duit pelajar dan guru, makan dan minum diuruskan oleh 4 org kawan ika ni. Tetapi majlis ni x dapat dijalankan sebab budak form 5 dari kelas lain kebanyakkannya x mahu hadir. Jadi budak kelas kami bercadang nak berbuka puasa di luar hanya untuk kelas 5ekonomi sahaja. Jadi duit yang telah di kutip tu dipulangkan semula. Ada juga guru x ambik balik duit tu dan sedekahkan untuk kami berbuka puasa diluar. kami sangat berterima kasih.



Menunggu azan berkumandang. Dari Kiri, Aina, Syasya, Nadia, Adibah, Alia dan Amira 


Jiran sebelah termasuk Ika, Hana, Anis, dan Athirah. Adibah disini sebenarnya.

Dari kiri , Jue, Tj, Tasya, Adilah, Aniqah. 
Pehal kelas aku ni banyak nama AAAA tetaww =_="


Kami oder 6 set untuk 6 pondok dimana 1 pondok 1 set dan boleh duduk makan 5 orang. Kiranya semua pondok yang ada kat D'Samila tu kami yang ambik. Dalam menu ni ada Sotong celup tepung, Daging masak merah, Udang Campur Sotong masak stim, Tomyam, Telur Dadar, Sayur Kailan, Kurma, Siakap 3 rasa, dan jus oren dan jus epal yang diselindung.
Sedap kann..kann. 


Yang ni bahagian lelaki pula, dari kiri, Arif, Zulhilmi, Faiz, Azlan, Iman. Berselera nampak! 


Penghuni pondok yang seterusnya, dari kiri, Qhalil, Syafiq, Syed, Uzair, dan Hafiz.


 Pondok ke6 ialah dari kanan, Ria, Badrul, Sulhi, Faris, dan Ashraf yang berbaju hitam dan terlindung.



Selesai makan, perut pun dah kenyang tibalah waktu berposing sebelum pulang. X sangka ramai dikalangan budak kelas ika ni dah macam photographer begitu juga yang pandai berposing. sakan noh hampa. Hahaha Senyummmmm!






credit photo from: adibah, nadia, ika
p/s: Biarpun setiap tahun kita berpuasa, teringin lagi nak berbuka macam ni selalu. Terima Kasih buat 5Ekonomi yang memberi kerjasama dalam menjalankan majlis berbuka puasa bersama-sama ini. Bak pepatah yang tertulis di tingkap kelas kita "5 Ekonomi terbaik dari sebelum dan selepasnya". Kita adalah generasi pertama memegang nama ekonomi. Bangga gila weyh *perasan jap*. Selepas ni x jumpa dah hampa semua. Harap2 di masa akan datang dapat jumpa hampa lagi. Tahun ini kita bakal menghadapi SPM selepas hari raya. Semoga hampa semua bersungguh-sungguh taw. Aku pun sama :P. 
CHAIYOK!!!


No comments: