Monday, December 30, 2013

Cara mengekalkan hayat bateri smartphone agar tahan lama


Yahoo editors have selected this article as a favorite of 2013. It first ran on Yahoo Shopping on July 17th and was one of the most popular stories of the year. The story offers simple tips on how to prolong your smartphone's battery.


Ejas cahaya di skrin telefon
Cahaya skrin telefon anda mungkin telalu terang daripada yang sepatutnya. Malah ia akan sedikit demi sedikit mengurangkan bateri telefon anda. Jadi cuba kurangkan pencahayaan telefon anda agar lebih mudah dilihat. 

Tidur Awal
Telefon anda dapat menentukan beberapa cepat untuk mematikan paparan setelah anda mulai meletakkan telefon untuk tidur. Anda boleh memanjangkan hayat bateri telefon anda dengan memastikan telefon anda turn off dengan sendiri dan bukan sentiasa menggunakannya selama beberapa minit setiap kali anda memeriksa masa.

Turn Off Notifications(Pemberitahuan)
Banyak aplikasi yang memaparkan pemberitahuan. Kebanyakkan masa ia hanyalah sia-sia dan membazirkan hanyat bateri kerana mereka memaksa skrin anda agar kekal menyala di sepanjang hari. Tutup pemberitahuan aplikasi untuk memperluaskan hayat bateri anda.

Tutup Antena yang tidak digunakan
Jangan sesekali lupa untuk menutup Bluetooth. Pastikan ia dimatikan dalam tetapan anda. Juga seperti Wi-Fi, anda diantara kebanyakkan orang yang menggunakannya dengan sedikit. Sekiranya bateri telefon anda hampir mati dan anda perlu untuk memastikan ia hidup selama mungkin anda boleh memasukkan Airplane Mode (yang mematikan semua radio, termasuk suara)

Katakan tidak untuk Permintaan Lokasi (Location Requests).
Banyak aplikasi yang meminta kebenaran untuk mengesan lokasi anda supaya mereka boleh memberi maklumat dengan tepat. Ia mungkin berguna, tetapi aplikasi perlu mempunyai ping untuk GPS Cip anda. Ini amat menggunakan kuasa bateri yang banyak. Melainkan anda benar-benar memerlukan fungsi lokasi. Cuma katakan tidak sekiranya tidak mahu menggunakannya.

Perlahankan Volume(kelantangan)
Mengurankan jumlah kelantangan telefon anda termasuk deringan. 

Matikan Penggetar (Vibrate)
Anda pasti memerlukan penggunaan ini sewaktu anda meninggalkan telefon di dalam poket sepanjang masa. Tetapi getarannya memerlukan banyak kuasa bateri. Matikannya setelah anda tidak memerlukannya lagi.

Pastikan ia sejuk
Bateri yang panas mengurangkan kuasa bateri berbanding yang sejuk. Jadi jika telefon anda panas ketika disentuh, hayatnya kian kurang. Keadaan ini terjadi apabila anda meninggalkan telefon di dalam kereta, di dalam poket anda atau dia atas gadjet yang panas seperti komputer riba. Membiarkan telefon digunnakan secara berterusan juga akan meningkatkan suhu bateri menjadi panas.

Mematikan sepenuhnya
Jika anda tahu anda tidak akan menggunakan telefon anda untuk sementara waktu seperti di dalam mesyuarat atau di teater filem matikan telefon lebih baik daripada hanya mendiamkan deringan telefon (silent).



Credit: Yahoo. 
Translate by MissVanilla

Saturday, December 21, 2013

Top 6 Korean Drama Dari Oct-Dec 2013 Yang Paling Hot!

1. The Heirs

2. The Prime Minister & I

3. Marry Him If You Dare

4. Pretty Man

5. You Who Came From The Stars

6. Miss Korea

Tuesday, December 17, 2013

Produk penjagaan harian milik MissVanilla

Assalammualaikum....

Hari ini aku nak share serba sedikit tentang produk penjagaan harian aku sendiri. Bukan nak menunjuk tetapi nak berkongsi dengan korang semua tentang produk apa yang aku gunakan untuk setiap hari-hari aku. Tak kira la waktu lepas mandi ke, sebelum tidur ke... semuanya aku nak cerita. Manalah tahu kot-kot ada sesetengah daripada korang belum tahu macam mana nak uruskan diri dengan apa2 produk penjagaan diri. Ok no problem... ikot je cara aku. Insyaallah... Sentiasa wangi dan berseri-seri.. hehehe...

Btw, aku bukannya pakai produk penjagaan yang mahal2. Semua produk yang aku beli ni murah2 je. Kat pasaran tu banyak ada jual. Jadi jom tengok gambar ni dulu. Yang ni ja aku selalu guna untuk harian.




Johnson's Body Care Oxygen Fresh Powder
Bedak ni selalu aku guna untuk harian. Digunakan selepas mandi pagi dan malam. Bau dia sangat menyenangkan umpama duduk kat tepi laut sambil menghirup udara yang segar. Actually, bedak ni juga pernah diiklankan di TV bersama Model&Pengacara iaitu Scha Alyahya. 

Safi Toner Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya
Toner ni wajib selalu aku pakai untuk melembapkan wajah. Selalunya orang akan pakai pelembap wajah untuk lembapkan wajah tetapi aku ni lain sikit toner pula aku gunakan untuk lembapkan wajah. Maybe toner ni sesuai dengan kulit aku. Selalunya aku akan gunakan selepas mandi pagi dan malam pada setiap hari. Kerana kulit aku ni jenis kering dan berminyak. Bau dia ada sedikit bau pokok lidah buaya. Aku cuma titiskan ke tapak tangan dan lumurkan keseluruh muka hingga kering. Lepas tu baru pakai bedak powder.

Johnson's Baby Powder Blossoms
Bedak ni pula sangatlah wangi . Aku memang nak suggest korang untuk belinya. Bau yang menyenangkan tambah2 pula bila pakai waktu malam sebelum tidur pergh!! aku rasa nenyak tidur tu sampai ke pagi. hehe..
Diguna setiap hari selepas mandi.

Rexona Shower Clean Deodrant
Deodrant ni agak tersembunyi sedikt hehe... sorry la yea. Tapi produk Rexona selalu dan setiap hari aku gunakan. Bau yang menyenangkan dan cepat kering. Tambahan pula semasa waktu aku masih sekolah dulu dengan berpakaian baju kurung putih. Deodrant ni langsung x melekit di baju dan juga tiada kesan kekuningan.

Johnson's Baby Oil
Minyak ni aku gunakan untuk melembut dan melembapkan rambut sewaktu rambut aku menjadi kasar dan keras. Minyak ini mudah menyerap lembapan ke dalam kulit dan boleh disapuukan ke bahagian kulit kering seperti di lutut,lengan,jari dan lain-lain. Tetapi cara penggunaannya untuk rambut perlu lah hanya kepada rambut dan jangan sapukan hingga ke kulit kepala. Takut nanti kulit kepala berminyak dan timbul masalah lain pula.

Perapi Sunsilk
Perapi ini aku gunakan juga sekiranya rambut kasar dan kurang bermaya. Jadi bagi pengguna shampoo Sunsilk bolehlah gunakan perapinya pula untuk rambut selepas mandi. Baunya sangat wangi!

Johnson's Baby Lotion
Lotion ni aku akan gunakan pada setiap malam sebelum tidur bagi menampakan hasilnya di waktu pagi. Untuk mendapat kulit lembut dan sentiasa lembap pakai lah setiap hari. Takde lah tangan tu nampak macam nenek sangat asyik duk berkedut sana sini je kan. hehe. Btw, aku sangat berpuas hati dengan produk Johnson's. Semuanya sangat-sangat hebat. Terima Kasih bebanyak!

Pucelle Cologne *Spring Sakura
Cologne ni memang debOOM! Wanginya ko takyah cakap memang sangat fresh giler. Aku aku spraykan ke baju setiap hari selepas mandi. Wangiannya memang membuatkan hari aku sentiasa dalam keadaan fresh dan bersemangat. Tetapi cologne ni hanya bau untuk diri sendiri je. Orang lain selalunya x dapat bau dengan jelas. Pilih Spring Sakura punya exstrak sebab yang ni je baunya lebih ok berbanding yang lain.

Victoria Secret Perfume Oil #Ciplak
Haha... aku sendiri pun x pasti minyak wangi ni ori ke tidak... tapi rasanya x ori kot. hehe. Minyak wangi ni dihadiahkan oleh Paktam aku. Ntah dari mana dia beli aku pun x ambil tahu. Tetapi wangiannya tersangatlah sedap baunya. Aku selalu titiskan ke pergelangan lengan dan dileher. Kalau kat pasaran aku x tahu la jual ke tidak. Victoria Secret la sangat! hahahaha.... 

Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
Yang ni pula aku beli sebab disuggestkan oleh mak menakan aku. Katanya boleh disapu ke bahagian yang berjerawat bagi mengurangkannya jerawat tumbuh dengan sihat. First time aku pakai memang berkesan sehingga lah ke hari ini aku still gunakan lagi. Bukan takat kurangkan jerawat je tetapi mengeringkan jerawat tu juga. Kalau rajin pakai selalu akan kurang lah jerawat tu. Tapi kalau malas aku x boleh kata apa. Cuma ini hanyalah antara produk yang berkesan aku pernah pakai untuk kurangkan jerawat berbanding produk-produk lain. Boleh didapati di Watson, Guardian dan di mana-mana Farmasi. Kalau nak beli kat supermarket or di kedai runcit itu aku tak pasti diorang ada jual ke tidak.       


Saturday, December 14, 2013

Open your eyes

Maybe I'm not an important person in the eyes of the people who close to me. But I dare say that someday the people who close to me would open their eyes that I was very important during the later future. 

-CP

Tuesday, December 10, 2013

Tips cantik dengan gincu merah

9 Dis – Sesetengah gadis kadangkala akan merasa malu untuk memakai gincu merah yang mana malu dipandang jejaka dan sebagainya tetapi ketahui gadis yang memakai gincu merah ini sebenarnya lebih kelihatan jelita dan mengancam kerana merah itu melambangkan keberanian bukan.



Malahan gadis yang memakai gincu merah itu juga menonjolkan aura dan imej positif selain mampu menarik perhatian jejaka yang melihatnya. Janganlah takut untuk mempamerkan sesuatu yang luar dari kebiasaan kerana percayalah bibir yang merah itu juga dapat menambahkan keyakinan anda apabila berhadapan dengan orang ramai. 

Ikalkan rambut anda
Rambut itu adalah aset buat semua wanita, pendek kata rambut itu boleh dianggap sebagai mahkota yang mana pasti akan dijaga dan disisir rapi untuk sentiasa kelihatan cantik. Selain itu, rambut memainkan peranan dalam membentuk wajah seseorang, jadi apa kata sesekali tukar imej seperti gaya 'pixie' untuk nampak lebih ganas. Namun pastikan rambut anda bewarna hitam bukannya perang. Barulah nampak seperti 'rockstar'. 

Bergaya ala 'sporty'
Bergincu merah itu tidak bermakna anda tidak boleh bergaya formal dan kasual, tetapi jika kena pada gaya anda boleh mengenakannya kerana gabungan ikatan rambut yang menarik serta seluar jeans skinny yang sempoi anda pasti kelihatan manis dan mempesona.Gaya itu macam-macam anda, yang penting kenalah yakin pada diri. 

Cuba gaya klasik
Tidak salahnya jika kamu ingin mencuba gaya fesyen seperti gadis klasik di dalam zaman serba moden ini. Ianya kerana warna merah di bibir pasti sudah mencukupi untuk menyerlahkan lagi diri anda disamping teknik make up yang 'simple' dan pakaian bewarna keemasan anda pasti tampak lebih klasik dan seksi. 

Tidak perlu cerewet 
Elakkan dari terlalu cerewet dan beria-ria ketika bersiap. Cukuplah sekadar ikat sanggul agar nampak kemas selain jangan lupa untuk calitkan gincu di bibir kerana apabila anda terlibat dengan pekerjaan yang memerlukan sentiasa tampil elegan, bibir merah pasti menjadi penyelamatnya kerana apabila anda nampak yakin dengan penampilan, anda pasti akan dapat pujian. Jadi tak perlulah terlalu cerewet.


credit: Yahoo!

Wednesday, December 4, 2013

Yeah!!! Aku dah tukar status!

Assalammualaikum....

Well-well-well, haha... tak disangka masa begitu cepat dan berlalu dengan pantas. Sebelum ni aku jarang update blog kes jadi mangsa SPM. Sekarang dah update ni sebab dah bertukar status. Status apa korang fikir? isteri,ibu,nenek,pelajar?... eh x laaa.... dah bertukar jadi ORANG BIASA. hehehe... *buat terok bley*

dan... selepas ni dah boleh mulakan kehidupan yang seterusnya. Kehidupan yang macam mana tu xpasti. Sama ada penuh pancaroba ataupun penuh warna-warni. Tapi banyak benda jugak nak kena fikir selepas menjadi org biasa ni. Dah la lesen moto,kereta x ambil lagi. Nak jenjalan pergi mana2 pun susah. pastu nak kerja sampingan dulu sebelum dapat result tahun depan. Alahaiii.... pening2.

but aku pegang kepada kata Audrey Hepburn.


"Nothing Impossible. The Word Itself Says I'm Possible"


aku mesti lalui apa yang akan datang di kemudian hari. Mestil! Mesti!

Btw, jom tengok2 dulu gambar kami sewaktu last exam. ^_^




gambar ni diambil sebelum masuk exam ERT *ekonomi rumah tangga* kertas 2.
kami ambil subjek ni dah 5 tahun. walaupun masuk form4 dulu boleh pilih tapi kami tetap setia dengan subjek ni hingga ke akhir persekolahan dan sayang sangat2 dekat cikgu Pn Hashimah Bt Hashim. 


kawan aku, Adibah. nak masuk exam pun dan lagi makan.


kawan aku Adilah. rasanya dia nak buat iklan Rexona agaknya. haha...


Baru balik dari kedai makan depan sekolah lepas exam paper 1. Time ni nak balik ke sekolah pulak untuk exam paper 2. Kasut je yang mampu tunjuk. 


ni gambar last yang diambil selepas habis paper and now we are FREE!!!!


Friday, November 1, 2013

Sungkyunkwan Scandal

Assalammualaikum...




Dah lama dah orang tengok drama Sungkyunkwan Scandal. Aku ja baru nak tengok. 
Tu pun harapkan ntv7 baru aku nak tengok. Kalau tengok online memang malas dah.
Btw.. jalan cerita dia best gila. Rugi siapa yang tak tengok cerita ni. Lebih-lebih lagi peminat korean drama.
Rugi..rugi.. hahaha. Drama Sungkyunkwan Scandal ni dibintangi oleh watak utama iaitu Park Yoochun penyanyi kumpulan JYJ  dan Park Min Yeong yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama City Hunter. Lain-lain watak adalah seperti dibawah ini. Owh.. tak lupa juga kepada pelakon Song Joong Ki iaitu sebahagian ahli dalam tv show Running Man.





Drama Sungkyunkwan Scandal masih berlangsung di ntv7 pada hari Isnin-Jumaat 12 tghari-1 ptg.
Nak tengok online pun boleh di Dramaload.com


Banyak part dalam cerita ini yang mencuit hati,romantis, kasih sayang dan lain-lain.

Satu lagi. Dalam cerita ni ada satu lagu ost mereka yang aku suka dengar. Best! memang best!. Rasa happy bila dengar lagu ni. Lagunya bertajuk Found You dinyanyikan oleh kumpulan JYJ. 




sekian... jangan lupa tengok taw... bye ^_^

Sunday, October 20, 2013

Kesian terhadap diri sendiri

Assalammualaikum...

Lamanya kita tak ketemu kan bloggers sekalian. Selama aku tak update ni banyak benda yang terjadi. Salah satunya PC aku nih. Kerja merajuk je tak habis-habis. Buat hal itu la ini la. Aduhaii... nasib aku. Modem aku rosak. Ingatkan PC yang ada masalah. Patutla aku connect wifi pun x masuk. Dah dekat 2 bulan lebih rasanya aku x update blog. Rasanya bloggers semua dah pakat lari paaa... Bila dah telepon En TM baru dia nak dtg repair. Dah tu dia kata modem rosak kena pulak tukar yang baru. Bila dah kena beli baru, baru kau mau jalan ye internet. Pandainya kau....



Haritu raya aidiladha meriah la juga walaupun x seperti raya aidilfitri dulu. Janji antara kawasan kejiranan sini kiranya rumah aku yang ramai datang "bangga diri". Pagi tu senyap sunyi je. Ingat dah takde suasana raya, walhal awal2 lagi segala mak menakan,cousin dan abang2 aku mengenakan baju raya. Hahaha.. cepatnya diorg bersiap-siap. Aku pula simple ja dengan mengenakan baju jubah yang terlebih labuh dan tudung hitam kosong. Ya kosong sungguh. Biarlah pandangan orang macam mana asalkan raya. Ye dak!



Cerita raya dah habis. Raya dah diberi cuti panjang sekarang kena kembali ke sekolah semula. Minggu ni adalah minggu pra spm. Cikgu sekolah buat seksaan macam ni agar student semua lali dgn kertas exam. Bila nanti dah spm tengok kertas soalan exam pun dah terbiasa. Padahal kalau nak diikutkan aku pun masih lagi belum dapat telan dengan jawapan exam setelah berkali-kali buat latihan latih tubi. Hahaha... lain orang lain sikapnya. kan2. Bila dah ada pra macam ni buku pun kena buka. Bila buku dah buku mulut pun potpetpotpet menghafal. bila dah hafal otak pun berjalan. Sakit kepala pun menjadi. Kesian diriku ini kesian lagi bila dah dekat spm ni. Rasa mcm nak pecah otak pun ada.


ermm... dah2 la mengarut. Entry yang aku tulis ni semakin menjadi serba x kena ja. Maklumlah.. orang tgh lagi berserabut. Sorry kalau korang dah baca entry aku yang membosankan ini. Lagipun ni entry sekadar mahu menghias muka baru blog ni ja. Xda yang special pun.


salam...  

Wednesday, September 11, 2013

John dan Ren

Assalammualaikum...


Diantara kucing korang.... kucing aku yang paling biasa ja. 
Xlar comel mana pun. Tapi dekat mata aku dia comel sangat. 
Nak tahu x... sebenarnya dulu mama aku larang aku bela kucing. Tapi aku degil jugak. Tiba lah satu hari tu dalam 3 tahun lepas ada seekor kucing ni bulu perang nak kelabu.. dia datang rumah aku dari pintu belakang, dekat dapur. Dia tengok aku. Pastu dia miow-mioww. Sebab lapar rasanya. Jadi aku bagi la dia makanan.. Xsangka esok tu dia ada lagi kat rumah aku. Asalnya nak halau ja... tapi kesian sangat. Dia kecil lagi. Ikot hati ingat nak bela... tapi bila fikir balik mama aku bagi ke bela kucing. Hmm..xpe la bela ja... nanti makanan aku sediakan. 
Kalau dia berak aku sanggup kutip buang.
Dari mula aku bela sehingga dekat seminggu baru mama aku benarkan dia tinggal sini. Siap pernah beli makanan kucing lagi.Makin lama makin sayang aku dekat kucing tu. Kami namakannya John Miow. Walaupun nama agak pelik tapi family aku sayang dekat dia. Sebab dia kucing pertama aku bela.




Tak pernah pulak aku ambil tahu pasal umur John. Bela pun kucing terbiar. Lain la macam korang bela kucing Parsi kacuk bagai. Sejak bela John makin ramai pula kucing terbiar datang rumah aku...
Dari muda,dewasa,janda,tua.... Mak aiii.. satu keluarga ka.
Keja dia petang2 buta tido ja. Malam berjaga minta makanan. Dah macam burung hantu.




Masuk tahun ni aku bela lagi 2 ekor kucing sejak 4 bulan yang lalu. Betina dan jantan. Awalnya jantan yang datang, esok tu betina pulak datang. Masih kecik lagi. 
Niat datang rumah aku paham2 jelaa kucing datang rumah mintak apa. Kannn.... 
Betina nama Ren. X pun Bi Rain macam penyanyi korea tu. Haha... 
Xlar namanya Bi Ren saja. Elok namanya yang ini daripada ayah aku nak letak nama Ren Elizaberth. Gojesnya nama kau Ren. Manakala jantan pula nama John Labu (Kelabu). Bila Ren jalan ja nampak sebijik jalan macam hamster jenis jalan cepat. Labu pula kucing yang cool. Paling cool diantara kucing aku yang lain. Nampak mature pun ada. Dah2 la.. nanti terlebih mengarut pulak. Tapi john xde waktu aku nak ambil gambar dia. Ren saja la yang ada.



 Semakin membesar Ren ni. Dia diantara kucing berbulu lebat yang aku pernah bela.
Sangat comel. Petang2 kerjanya rileks sahaja. Cuma sentiasa berada di atas tembok pagar rumah dan duduk,lena,bersahaja. Kita tak, kita x macam mereka, kita kan manusia, kerja ada 
dikeliling pinggang, kesiannya kita kan...Hahaha. 




Sekian,terima kasih. 

Monday, September 9, 2013

Hangout!

Assalammualaikum....

Akhirnya... selesai juga trial exam 2013. Tu tak datang yang SPM sebenar lagi. Mau nak mampos aku nak kena berhenti berbelog sebentar. Walhal aku dah rancang untuk 1 bulan cuma 2 post aku akan update. Kalau mai time exam tu nanti rasanya I bulan tu pun belum tentu nak menulis blog walaupun sebaris ayat. Busy bak hang nanti! Tu yang chek bebai sangat tuuu....

Hmmm, sibuk macam mana pun aku mesti curi masa juga untuk rilek dulu. Tak kan la siang malam pun study kot? setahu aku orang cerdik pun belum tentu buat macam tu. Setahu aku la kannn... kalau salah jangan marah nohh. 
Sabtu minggu lepas aku ada hangout dengan kawan dekat CityPlaza. Saja pi makan-makan kat Hainan Cafe sempena hari tu birthday kawan aku sama. Almaklum la kan... bila gegirl dah keluar hangout ni sure beli barang bawa balik rumah. X ke gitu sifatnya.



 Bersama Yati. Watak yang sentiasa ada dalam post aku. 


 Besday girl, Hana namanya.


 Baik2 yati waspada dengan aiy lio anda. Haha


 Rileks r dulu hana oii. Aku xdan nak snap gambar ko dengan chicken chop tu ko dah ngap dulu.
Haiyaaa...


 Aku order teh o ais limau je. Tu pun habis. Dahaga nak katakan. Actually, air limau boleh rampingkan pinggang kan.. baik catat tips aku sekarang. haha...


 Chicken Chop Black Pepper. Nampak biasa ja. Tapi rasa dia ko boleh tahu? sedap siot!


 Memang rancang nak makan chicken chop. Tu sebab ketiga2  pinggan menu sama jaa.


Muka Tuan Tanah belog ni yang chubby,bulat,kembang,bujur semua ada. 


Lastly, kasut flat yang aku baru beli. Siap bau kedai lagi. Bukan senang nak tengok aku pakai flat.
Ni dah beli ni kalau nanti jumpa aku ushar2 laa kaki aku noh... HAHA.



Thursday, August 29, 2013

Spontaneous Thursday #10


"Math may not teach me 

how to add love or subtract hate, but it gives 

me reason to hope that 

every problem has a solution."

-twitter




Friday, August 23, 2013

My Week in Photo

Assalammualaikum...

Hari ni cuma nak tunjuk beberapa gambar ja yang apa aku buat pada minggu ni. 
Layan....



Gambar ni diambil di hospital. Datang melawat adik ayah aku yang sakit. Dia yang sakit ke aku yang sakit. hehe. xlarr... dah x cukup tempat nak duduk, kerusi roda pun aku bantai jaa.


Macam xda motif ja gambar ni diambil. Ya! sebenarnya ada. Suruh kawan ambil gmbar dari belakang then lihat, nampak gemuk ke tak. Korang pun kata "Lorh tu je O_o" "


Kunci jam sebab nak bangun awal pi kelas tambahan. Memang diri ni dah sure kata pukul 9 pagi baru start. Siap tunggu lagi. Then, kawan mesej "Xmy sek kaa.. start pkol 8.30". Terus kelam kabut. Tapi sebelum pi posing dulu untuk satu gambar pun jadi la kan. Pon boleh!


Tamak kan aku. Tak cukup yang kecil nak ngap yang besar pun tambah lagi. Icecream pulak tu. Memang rasa jadi sebati la kan walaupun awalnya agak rasa pelik sedikit sebab yang manis+masam=Mansam.


Saturday, August 17, 2013

Tanjung Dawai

Assalammualaikum.

Hari yang baik membuatkan aku pun nak tulis sesuatu dengan baik. Baru2 ni mak tam adik mama aku datang rumah kira-kira 2 hari yang lalu. Ada la petang tu kami keluar beli barang dekat Tesco Stargate dan keluar makan di Tat Nasi Ayam jalan Shahab Perdana, Alor Setar. Esok tu pulak mak tam aku ajak pi Tanjung Dawai pulak sebab diorang nak beli ikan2 kering yang sememangnya ada dijual disitu. Kalau korang  datang Kedah cer singgah pulak dekat Tanjung Dawai.


Mak Tam aku ni siap ingat nombor kedai ikan kering lagi. Yelaa sebelum ni pun pernah datang jugak.


Mak Tam yang sporting


Pak Tam yang cuba buat muka pelik awalnya dikerah oleh aku supaya buat muka lawa sikit sebab gambar dia akan masuk belog ni haha...


aku kisah hape pakai baju t-shirt. Aku kan simple!


Bihun Sup Ayam, Teh O Ais Limau, dan cili sebagai tambahan. Makan biasa2 ja. Tu pun sedap juga.


Kalau naik bot dari Tanjung Dawai boleh pergi ke Pantai Merdeka kat seberang sana tu. Kira cepat lagi perjalanan berbanding naik kereta terus ke sana. Tapi ikut jalan la xkan naik kereta dalam air kot. 


Sebelum pulang kami singgah dulu dekat tepi laut. Ni sepupu aku Yasmin. 
Dia cuba feeling ala-ala Saloma Celop kan. Hahaha.


Jom pi Kedah!


Tudung aku agak sensitif. Bila kena angin dia akan herot kemetot. Disebabkan itu aku sentiasa cuba lari dari angin. Tapi haritu aku gagal maka hasilnya foto yang diatas ini. 




sekian, bye2.

Monday, August 12, 2013

Hari Raya & Majlis Kenduri Kahwin Izwan & Mastura 2013

Assalammualaikum....

Seperti selalu aku akan tulis blog ringkas-ringkas ja. Sekarang ni aku nak karang panjang-panjang pulak. Biar hampa x larat nak baca walaupun aku rasa memang payah sangat orang nak baca apa yang aku tulis ni.. hehe. Ok guys... macam mana hari raya yang lalu. Mesti best kan. Kalau aku ermm ok laa xde la rasa macam x raya sangat. Family pun banyak yang datang beraya. Tapi kalau kenduri pula... boleh aku katakan rasa macam nak gila. Ramai gila orang datang rumah. Kad kenduri hanya 200 ja, pi memanggil orang lebih daripada tu. Actually, yang rumah aku ada kenduri ni sebenarnya untuk sepupu aku yang lelaki ni namanya izwan datang dari Belgium. Ibu dia orang melayu kita la. Dia kahwin dengan jiran aku Mastura namanya. Biasala pilihan keluarga masing-masing. Kenduri satu saja bergabung sekali dengan pihak perempuan dan pihak lelaki.

Walaupun raya rasa biasa2 ja tetapi kenduri kalau korang tak tahu fuhh dah macam nak adakan funfair. Semua ni idea keluarga, ayah aku, jiran2 dan kawan2nya. Bab2 nak hias segala bagai serah ja kat diorang memang nampak gempak r. Katering seperti biasa keluarga aku ambil iaitu Haji Jemili Katering. Bukan makan katering tu ja yang ada.... benda lain pun turut ada seperti yang dirancang ayah aku dan kawan dia. Ko nak apa, teh tarik? laicikang? ketupat dan rendang?... semuanya ada. Yang aku senarai tu ja yang ada hoho...

Erkk? terlebih panjang pula aku karang. Sekarang nak tunjuk gambar pula. Start dari Hari Raya sampai la Kenduri kahwin.


Hari Raya 2013


 Tahun ni pakai biru pulak. Terbekenan dengan baju ni walaupun biasa saja pattern dia.
Tudung corak ala-ala najwa latif cuma lainnya aku ni Sharifah Zalikha ja. Haha.


Yang baju oren ialah abang aku Syed Zainal dan biru tu Syed Zhubir. 


Kawan2 yang datang dan pergi beraya bersama.




Majlis Kenduri Kahwin Izwan dan Mastura 11/8/13



Pelamin buatan tangan Abg Bad. Asalnya x nak buat pelamin sebab nak save bajet. Tapi diorang pihak lelaki nak buat jugak. Depa pun buat la sendiri.


Ketibaa pengantin di sertakan paluan gendang silat dan seorang crew yang ambil video pengantin. 
Eh crew mana ni? ni mesti pihak lelaki yang plan kan.


Yang baju biru tu adik bongsu Izwan dan yang rupa seperti Adira AF tu kak ipar Mastura.


Sesi menyaksikan demo silat 


Tetamu ramai sangat sampaikan aku pun kena jinjat kaki kes terlalu pendek sangat kot. 
Eh xlar... aku sederhana ja. ahaha.


Abg Izwan dan Mastura. Bila di ambil depan2 baru la nampak batang hidung. 


Inilah sepupu aku belah mak aku yang datang kenduri. Sebenarnya ada banyak lagi ni.


Keluarga sendiri kena makan dulu baru ada tenaga nak buat kerja. Awal2 banyak gila lauk pauk. Bila terlalu banyak sangat orang datang last2 lauk pun dah habis. Cepat gila laku!


Keluarga aku. Tengah duk layan kawan datang tetiba diorang dah ambil gambar xde laa muka aku dalam gambar ni. sob..sob..


Keluarga abang Izwan dari Belgium. 


Kengkawan yang sentiasa bersama aku. Turut datang kenduri memeriahkan lagi majlis. Aku nampak pelik pakai tudung tiga layer. Lepas ni xmo pakai dah.




Last but not least, letih juga adakan kenduri ni. Awal tu mana dengan raya lagi pastu nak kemas rumah untuk kenduri pulak lagi. Memang nak tidur pun awal2 pagi kena bangkit dah. Dugaan. 
Sekarang ni bila dah habis kenduri rasa lega sikit. Boleh jugak duduk tengok tv. Sempat juga menulis blog. 
Peace yo!





Perlukan perkhidmatan seperti CCTV system, Alarm system, Card Access system, Fingerprint Biometrix system, Online Time Attendance system, PANASONIC PABX keyphone system, Autogate/Sliding/Swin/Folding hubungi MH Security System sekarang!

Taman Selayang
68100 Batu Caves

Phone: 017-876 3806
Email: mh_securitysystem@hotmail.com