Friday, February 13, 2015

Cuti-cuti raya Cina

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sekembalinya aku kat sini setelah sekian lama menghilangkan diri. Nampak acah2 sibuk walhal 2 minggu sekali balik kedah pun xpernah nak update kat blog.
Weyh... aku sibuk kowt. hahaha...

ok lar. malas nak karang panjang panjang. aku manusia yg ringkas dari head to toe. jadi cerita untuk setiap blog pun mesti la ringkas. nanti karang panjang2 korang muntah pulak nak baca.

Aku sihat ja. Alhamdulillah masih diberi nafas sehingga ke hari ini. Jalan hidup aku pun biasa2 ja. Tiada yang special atau mana2 perubahan. Cuma busy tu banyak. Balik kedah hujung minggu pun rasa x puas. jadi nak update blog pun rasa mcm singkat sangat masa. Jadi lain2 masa tu aku banyak rehat ja kat rumah. Nikmati cuti2 yg ada. Cuti-cuti raya Cina ni lagi lah kena rehat banyak. HAHAHAHA. *jangantertipu

So amacam. Cuti ni korang ada jenjalan p mana2 ka nanti. dah plan? oversea? hatyai? langkawi? atau dalam malaysia ja? x pun jalan kat rumah ja?. Aku pun x plan p mana2 lagi sebab saudara mara banyak nak datang rumah. Aku dgn family ja jarang nak p rumah orang. hahaha... femes jugak ea rumah aku ni. dah macam tempat perlancongan untuk orang ramai datang. Alhamdulillah..

xda apa2 pun. Cuma cuti ni aku hanya nak nasihat manfaatkan lah masa korang dengan perkara yang berfaedah. Jaga diri sama. Bawak kereta jangan lupa pakai seatbelt tau. Kirim salam dekat family dari cik MissVanilla yang mana diorang pun rasanya x kenal. haha..



oleh itu.. untuk seluruh kaum cina di malaysia saya ucapkan.....


HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!!! 
GONG XI FA CAI!!!


Thursday, November 6, 2014

The Things That You Must Have in 2015 UPCOMING!

Assalammualaikum...
dan Salam sejahtera....

Lama aku x update story2 baru kt blog semenjak aku dah mula study di Perthlis Araustalia. Sebenarnya banyak benda yg aku nak ceritakan kat sini tapi keadaan yg x membenarkan aku utk terus berblogging. Kesian yea.. blog aku dah berhabuk bau masam. hahaha... Korang nampak ker habuk tue Aku iya iyakan saja.... haha. So, setelah aku habiskan sem1 ni dan telah berakhirnya peperangan final exam. Aku kembali semula berblogging di hari-hari cuti sem nih. Harap korang dapat membaca story mory yg xberapa story kat sini.

Tajuk hari ini "The Things That You Must Have in 2015 UPCOMING!" adalah tajuk untuk gegurls sahaja uolls. Sorry beboys semua. Jangan pulak ada org lelaki pulak yg memakainya.. kang x pasal kena cop gaygurls. hee.. Jadi jom kita lihat foto2 dibawah iaitu barang2 yang gegurls perlu ada untuk 2015 yg akan datang ni.


LONG SLEEVE TOP SEA BLUE
Pilihan warna sea blue dan sifat-sifat baju yg loose seperti ini amat selesa untuk korang gayakan kemana-mana sahaja. Memang trend sekarang orang cari baju yg mcm ni. Aku pun terbeli dah satu. hehe



CIGARETTE PANTS
Korang kenal tak pelakon terkenal dari barat iaitu Audrey Hepburn. Dialah salah seorang pencetus idea kepada generasi-generasi sekarang utk mengayakan pemakaian cigarette pants. X percaya google je. Kalau korang pakai pants ni aku sure pasti orang tanya kat mana korang beli.



DENIM TOTE BAG
Semasa aku di di poli perlis ramai student2 memakai tote bag yg lebih kurang mcm ni. Sebab boleh muat mcm2 dalam tu dan xpayah 2,3 kali tukar beg. Senang dibawa kemana-mana dan kalau korang ada suami dan minta dia tolong pegang beg ni waktu korang pergi shopping pun dia xkan rasa malu. Insyaallah.. percayalah. 



NEW BALANCE
Style kasut yg memang ohsem bagi aku. Kasut ni memang digilai sebahagian besar kaum adam dan kaum hawa. Kalau dapat satu memang x tukar dah dengan yang lain. Kasut ini boleh digayakan dengan pelbagai outfits dan sesuai juga untuk majlis2 atau event debaboom sekalipun. Depend kepada pemakai korang juga. Aku tengok org pakai dengan baju kurung ok jea.  



ORGANIC AID VITAMIN E MOISTURIZING CREAM
Ini adalah produk kecantikkan yang aku prefer sangat2 kat korang. Kat Watson dan Guardian ada jual. Sangat berguna apabila korang mengalami kekeringan di kulit wajah dan memberikan estrak vitamin e untuk kelembapan kulit berpanjangan. Juga boleh digunakan untuk wajah yg berjerawat. Bahan yang digunakan adalah sejenis tumbuh-tumbuhan. Mak saudara aku pakai ni kulit dia sentiasa flawless. Beboys pun boleh pakai jugak sebab abang aku pun memang pakai produk ni. Kalau habis dia beli lagi. Produk ini memang memuaskan.





Kalau ada new things yang korang rasa patut dimiliki untuk tahun 2015 yg akan datang jangan lupa share di comment yea. Daa...