Sunday, April 29, 2012

Korean New Band with awesome voice!!!

NU'EST (FACE)     


LED Apple (Time is up)


LED Apple (Sadness)


BTOB (Insane)



first time ika layan lagu korean band baru ternyata sedap jugak lagu diorang.
ade lagu yg boleh buat OST lagi. perghh hebat sungguh penangan suara mereka.
diorang pun xkurang hebatnya. 

korang jangan segan2 nak tengok video MV diorang plk. 
memang ika jamin gerenti best. mula2 dengar tu agak kekok sikit lar. 
tapi lama2 mula rasa sedap plk bunyi lagu diorang tu. 

jadi jangan lupa enjoy k. bye... slm...


Please Support Korean New Band!!!

Thursday, April 26, 2012

Futuristic Island Home, Design Concept






Arriving by helicopter? This man-made island concept has four landing pads as well as a mooring system and wet dock for anyone arriving by sea. Designed by Nigel Gee as “a place to be”, the naval-inspired destination is 330 feet in diameter and has 11 decks. The island's glass canopy allows sunlight to filter into the interior and can be opened, if desired, for fresh air. The top floor can also serve as an outdoor pool deck.

Wednesday, April 25, 2012

Love this OUTFITS!!!

 gorgeous

 glam

 feminin

 good looking

 sexy

soft tone

 comfortable

 winsome

hot




simple items: 
skinny pants/jeans,
t-shirt and others,
balzer/cardigan,
necklace,
bracelet,
high heels/boots,
bag,
glasses.



klu la ika bley dpt semua items mcm dalam gambar tu. syok gilerr ahh...
sehari klu x bergaya x sah oww....

tp skrg lain laa. asyik duk teperap kt rumah je, nak bergayanyer ape...
takat t-shirt dgn seluar track pun dh cukup. 






Monday, April 23, 2012

Who is currently the hottest celebrity?


Hottest Stars Full List
  1. Kim Soo Hyun
  2. Big Bang
  3. Girl’s Generation
  4. Ha Jung Woo
  5. Lee Seung Gi
  6. Hyun Bin
  7. IU
  8. Han Ga In
  9. Yoo Ah In
  10. Ali
Most Handsome Star Full List
  1. Won Bin
  2. Kim Soo Hyun
  3. Jang Dong Gun
  4. Jo In Sung
  5. Lee Min Ho
  6. Lee Byung Hun
  7. Kang Dong Won
  8. Nichkhun (2PM)
  9. Park Yoochun
  10. So Ji Sub
  11. Song Seung Hun
  12. Song Joong Ki
  13. Lee Seung Gi
  14. Alex
  15. Yoo Ah In
  16. Jang Geun Suk
  17. Cha In Pyo
  18. Taecyeon (2PM)
  19. Hyun Bin
Most Beautiful Star Full List
  1. Kim Tae Hee
  2. Son Ye Jin
  3. Lee Min Jung
  4. Kim Hee Sun
  5. Han Ye Seul
  6. Ha Ji Won
  7. YoonA (Girl’s Generation)
  8. Jun Ji Hyun
  9. Suzy (Miss A)
  10. Shin Min Ah
  11. Song Hye Kyo
  12. Shim Eun Ha
  13. Han Ga In
  14. Moon Chae Won
  15. Lee Young Ae
  16. Jung Yoo Mi
  17. Han Ji Min
  18. Shin Jae Yi

Saturday, April 21, 2012

my photo.... ^^

 kwn ika kata... gmbr ni mcm emo2 sikit....yakaa?
tp dlm mner2 gmbr yg ika tangkap...hanya ini yg terbaik ^^

 hi...tittew bdk sklh. tittew masih perlu bimbingan dari anda. sekian maseh...

 ada org komen gmbr ni kt fb. dye kata ika sesuai pakai baju warna biru....
firstly...ika bukan suka pun baju ni..hahax.. pakai sbb terpaksa. =_="

 bwu lepas joging ngn kwn. erkk sorry kami x joging. cuma jalan-jalan round satu
tempat joging tu je. agak segan sebenarnya.

 posing siap tunjuk henfon... ika suka pakai pakaian mcm ni. lebih
selesa rasanya drpd pakai baju yg lawa tp sebenarnya terseksa. 

 oh yeah! ika gemuk. not at all....

dlm tandas awam pown bley posing...mcm2 betul laa...

Friday, April 20, 2012

ANDAI LELAKI TAHU

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya





credit-Realiti Fantasi (facebook)

Monday, April 9, 2012

x puas hati!!!!

Assalammualaikum....

Harini ika dan team netball under 18 telah menyertai Pertandingan Bola Jaring peringkat MSSD. kitaorang menang 2 sekolah dan kalah pun 2 buah sekolah. kiranya 4 sekolah dh la kitaorang lwn. First sekali ika sangat x puas hati dengan peraturan netball tahun ni. selalu ja berubah. pengadil pun ada yang berubah.
sebenarnya ika ada dua benda yg ika x puas hati iaitu sikap pengadil dan pihak lawan. nak taw  ark mcm mana sikap depa tu . haa meh ika buat list sikit. contohnya kat bawah ni:


  1. tengah duk lwn paling banyak dye kata stepping. padahal ada ahli netball langsung xbuat stepping. sesenang dye je tiup "wissel". 
  2. pengadil mcm berat sebelah. dye lebih menyebelahi pihak lwn yg dapat mata tertinggi semata-mata nk kejar masa. kiranya dye nk bagi orang lain menang cepat.
  3. pihak lawan cuba buat trick untuk melemahkan team kami. terutama sekali pada ahli kami yg berada di posisi GA dan GS yg cuba nk shoot tapi xmasuk sebab pihak lawan cuba kata "i love you...." untuk memosongkan kami. gila ahh... pengadil pown bley buat xtaw ja...kang aq ketuk jgk pala pengadil nihh. dye ingat permainan ni bley buat main main ker....
  4. dah taw ada sekolah lain balik mcm tu saja sedangkan ada lg perlawanan. sesenang je pengadil buat pengunguman kata pihak lwn yg dah ada kt padang tu menang tanpa bertanding. tahulah sekolah tu undur diri xkan pengadil x reti kot nak suruh pihak lwn yg duk ada tu bertanding dengan sekolah yg lain. kalau mcm tu hoorayy r depa..... tp kami xmcm tu. team netball kami lawan dengan setiap sekolah yg duk ada. sorang pown x lepas taw. kami ada, kaw ada !?...
  5. haritu ppd kata orang luar xbley masuk dan team netball under 15 yg dh bertanding kelmarin xbley dtg tengok. tapi apa yang kami nampak, ramai orang luar yg masuk tengok budak netball bertanding. sekolah kami punyalahhh ikot peraturan tu. geram betoi.... klu x, ingat nak bawak satu sekolah dtg tengok. nahhh hamek kaw! peraturan sngat!
  6. ko taw tak. mcm mna nak bagi pengadil berat sebelah kita. senang je. pendaftaran kan kena 50 ringgit cuma tambah 10sen je. tobat dye nak. HAHAHA..... ika gilaa. eh eh... kami x buat mcm tu taw. jangan salah sangka.

itu jelah ika nak kata. kami taw kami sudah kalah. tp kami nak kalah tu biar la beradab. klu boleh nak tegakkan kebenaran yg pengadil x nmpk. perkataan yang berunsur negatif patotnya xbley dikata dan pengadil seharusnya kena ambil tindakan. yang ika tengok tentang "stepping" tu dimana pengadil blow wissel semasa kami mengambil bola dan jatuh tanpa kaki bergerak. tp dye blow wissel seolah-olah kaki kami bergerak. 
memang ada yang gerakkan kaki tu tapi sebenarnya x semua orang buat. ada yg ahli netball yg jaga gerak kaki dye semasa mengambil bola. ika sendiri nampak taw..... pastu last2 bila kaki dah stepping terus bola dapat kat pihak lawan. x ke rugi mata. betul ark. tu laaa. kadang-kadang ika duk tengok la jugak...asal pengadil ni asyik blow wissel jaa setiap kali stepping. entah2 pengadil tu kena rasuah paa. 

tudia r otak ika dah haru biru dah. bila dye panasss memang xley kawal.  keja nak hentam pengadil tu jaa... grr... xpa tahun depan kami akan kembali. kembali mengganas secara luar biasa. tunggu jelaa....
bukan takat pihak lwn yg nk kena hentam....pengadil pun akan kena hentam jgk taw. klarh makin lama makin mengarot citer ika ni. asal nak tulis ringkasan ja. tp ni dah tahap karangan dah nih.....

k..bye...
wassalam.... ^^

Wednesday, April 4, 2012

Malaysia & Indonesia famous song in year 2012!!!

Malaysia

Klangit: Sesal Mendua

Ramlah Ram ft Sleeq: Sesaat Kau Datang



Indonesia

Eren ft Romi: Pelengkap Hidupku

Geisha: Remuk Jantungku

Kangen Band: Kehilanganmu Berat Bagiku

Astrid: Tentang Rasa









i Hate that....



YouTube: "This video is not available in your 

country.


Ika: "where I come from? Narnia?