Monday, October 31, 2011

Lembah Bujang dan Taman Tema Karnival Sungai Petani

Assalammualaikum.... *tukar bagi pnjng*
untuk pengetahuan korang. ika x banyak ambil gambar time dekat Karnival tu disebabkan terlalu excited nak mandi. jadi enjoy2 la gambar yang ada. gambar di Lembah Bujang pun x berapa banyak. penat oww nak ushar satu Lembah Bujang tu. siap kena nak tangga batu lagi. korang mampu...hehe.






 muka pertama yang didahulukan

time bersama shafiqah dalam bas.

ni la yang ika nak promote. depan skli yang x tengok tu laa haryat(yati) dan sorang lagi kt belakang tu adibah(dibah). ika dgn mereka ni yang paling rapat sekali. 3 geng CSV. huahahaha...

ingatkan nak ambil gambar adibah banyak2 tapi disebabkan bas duk bergoyang je 
jadi yang ni jelaa ika dapat.

saja ambil gambar dalam bas. nampak x camera DSLR tu. tengok je hampir gila ika dibuatnya.
nanti ika nak beli jugak.

nie time turun tangga memang senang. tapi bila time nak naik tangga tu memang lenguh
otot otot.

nie tempat ape ntah. ika pun x tahu. main duduk duduk je.

bergambar,bergosip,lepak,ketawa semuanya ada. kecuali ada budak hilang

ika bergambar dengan dibah ja. patutnya 3 orang. tapi dah yati x mau ambil gambar.
dua pun dualah...

time nak balik tu sempat jugak mereka ni berposing posing depan bas.
camera jadi pak sanggup! kesiaannn...

sempat ambil gambar ni dekat Karnival. tapi maaf gambar suasana didalamnya
tiada. kerana pemilik blog ini excited nak mandi.

ni ika beli kat Karnival. 3 5ringgit je. buleh la makan atas bas sementara tunggu nak balik.



yang tu je ika nak citer. x berapa best pun. tapi kalau korang enjoy dengan citer ika.
tersangatlah ika berterima kasih kepada yang berkenaan.
okey papai...
Assalammualaikum.....

Sunday, October 30, 2011

xde motif

 
jom pi Karnival Sungai Petani 
31/10/2011

BEN ASHAARI DAN LYSSA SECRET : Antara dua blog

Askom....
waahh abg ben ashaari dan lyssa secret bergabung la untuk membuat satu segmen bersama. 
Terbaik la otai2 blogger ni.
untuk korang yang belum join segmen ni lagi. sila2lah klik banner tu. 
Tutup pukul 8 malam ni. jangan terlewat ye nanti menyesal.


 

 kena la jawab soalan dulu.

Soalan 1: Apakah persamaan yang korang boleh nampak dikedua-dua blog ini?
 persamaan yang boleh ika nampak ialah pandai mencurahkan idea
dan sentiasa mempelbagaikan idea untuk setiap entry.

soalan ke2: Berikan pendapat bagaimana nak majukan kedua dua blog ini?
rasanya blog lyssa dan abg ben sudah maju. 
ika perhatikan follower dan pengunjung 
yang datang di blog abg ben dan lyssa makin hari peningkatannya amat memuaskan.
*agak2nya blog ika bila pulak ye*

Saturday, October 29, 2011

arhhh lega tekak2

Askom....
ika pergi ugut kedai UNCLE belakang rumah suruh dia bagi aiskrim disebabkan kering tekak. kesian kena ugut dapat juga ika beli aiskrim susu disaluti coklat yang lazat serta murah harganya.
padan la ada pun seringgit je kat tangan.

sedappp!!!


Jenama... erkkk...xtahu. yang tahu namanya Coco Bar.


 disaluti coklat yang lazat... yummmy!


di dalamnya ialah susu. agak2 susu ape?
kambing,lembu, erkk susu ibu =,="

hehe gurau jela... mesti la susu lembu yang terbaik dari ladang.




CONTEST HADIAH BEST by JALAL

askom....
kemain bnyk ika join contest. menang ke x terpulang la. ini adalah contest dari abg jalal kalau korang nak join...meh join sekali ye.





hadiahnya kena pilih sendiri.ambil yang murah2 jela.

contest tutup 28/11/2011.

nak join klik SINI

syaratnya kena letak gambar pulak.
ini diaa..


yang ni jela gambar yang paling ok rasanya.



pastu kena pilih gambar hadiah pulak.

bedak miyami. boleh kann

sebabnya bedak ni senang dipakai dan sesuai untuk kulit. itu je....

ika nak tag 2 org nyiahahaha



DONE!!
papai....
 

Friday, October 28, 2011

kenapa?

“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”

“Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”

“Baitullah tu apa?”




“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”

“Allah ada dalam tu?”

“Tak..”

“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”

“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”

“Kamu sembah apa?”

“Saya sembah Allah swt”

“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”

“Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”

“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”

“Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?”

“Pernah.. selalu..”

“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”

“Tengok perlawanan bola la..”

“Di mana?”

“Dalam tv la..”

“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”

“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”

“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”

“So..?”

“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”

“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu..”

“Peliknya..”

“Sebab apa pulak pelik?”

“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”

“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”

“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”

“Ya.. tak pelik..”

“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”

“Erk.. kau betul..”


p/s: hahaha..best la cerita ni. nanti klu org bukan islam tanya. jawab macam ni pun ok jugak.

Thursday, October 27, 2011

Spontaneous Thursday#5

Being the richest man in the cemetery doesn't matter to me. 
Going to bed at night saying we've done something wonderful, that's what matters to me.
-Steve Jobs

Wednesday, October 26, 2011

BHarian- sensasi internet


Cinta Muka Buku Najwa catat lebih 3 juta tontonan

SUATU ketika dulu penyanyi diuji bakat untuk muncul sebagai artis rakaman, ataupun dikesan bakatnya menerusi pertandingan nyanyian. Kemudian keadaan itu sedikit berubah apabila rancangan realiti mula menjadi fenomena dalam industri hiburan. Maka lebih ramai penyanyi muncul dalam industri seni tanah air.


Sehingga kini, lebih 3 juta pelayar sudah menonton nyanyiannya. Lagu Cinta Muka buku benar-benar menjadi kegilaan ramai, terutama remaja 

Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.  

Nama Penuh: Imratul Najwa Abdul Latif
Tarikh Lahir: 23 Mei 1995
Umur: 16 tahun
Keluarga: Anak bongsu daripada dua beradik
Asal: atu Pahat, Johor
Kerjaya: Pelajar, Penyanyi
Single: Cinta Muka Buku  
Blog: www.najwalatifs.blogspot.com
Facebook Fanpages: najwalatif

-BHarian

wordless wednesday 4# cuba teka kaki siapa

klu korang cerdik lg bijaksana. cuba teka ini kaki siapa.

Tuesday, October 25, 2011

x disangka budak from 3 dibawa ke Karnival

Askom...
huhu excited nak update hari ni. pagi td ika pi sekolah. ika ternmpk kwn Anisha n then tanya dye awt hang pakai baju kurung sekolah. pastu dye ckp mereka n gi ikot cikgu tengok Kompang lawan kt sklh mna ntahh. ika pikir aikk pi kompang ker ika nak ikut jgk. hehe. tp masalahnya ika pakai bju sukan. jd x pergi la kann. x silap syaza saffa pun pi jgk. pandai yer depa bwk geng pi x ajak ika. hehe.

time kitorg bdk form3 duk kt perhimpunan cikgu ada tanya nak gi sklh Smk Tokai x. pastu kitorg ckp la nk pi n then terus cikgu umumkan pelajar form3 pi dewan Seri Anjung. cikgu ckp kitaorg akan pi Smk Tokai dkt Pendang sbb ada karnival kt sana. satu bas je yg ade. hampeh plk time tu kitaorg x bwk duit bnyk. pastu camera2 pun x bwk. nk buat cmne dtg sklh pun bwk duit cukup2 makan je. mne nak ade bwk duit lebih. cikgu pun x ckp awal2. klu  x dgn henpon pun ika nk bwk pi skli.

part yg paling kesian skli. bila nak pi kena buat pemilihan nk tengok bnyk mna yg bley pi. adala setengah dari kitaorg ada latihan memasak dgn cikgu diorg. kesian mereka x bley pi. tu pun ada yg jerit2 kt cikgu "cikgu2 saya cikgu, saya nak pi cikgu". yg lg satu ade ckp kt cikgu "cikgu bwk la kwn saya pi skli" haishhh kesian sungguh nk katakan. nasib baik ika n the geng(adibah,yati) dpt pi skli. hehe untungnye geng CSV ni.

sampai je kt sna terus kiotaorg jalan msuk dari pintu pagar. dlm hati ika ni ada kata "sebelum ni x pernah dngr pun nama Smk Tokai" besala budak yg xpernah keluar rumah dye jd mcm jakun skit la. kitaorg terus je jalan n tengok bnyk jgk bdk sklh lain yg dtg. yg dtg tu kebnykkannya sebagai peserta. kami ni yg dtg cuma melawat gitu2 je. itu pun cikgu sklh sna bg pas Peserta. dye xtahu kot. mungkin juga. pastu kitaorg diudang masuk ke Dewan mereka dgr ceramah dari abg polis. hbis je dye bg ceramah ade yg cikgu mna ntah mintak undang semua pelajar kt situ termasuk lah kami ni jemput makan. hbis je makan ika n kwn2 gi ronda2 jap. tengok apa yg ade kt situ.

ternyata bnyk juga pameran2 kt sklh tu. peserta yg bertanding ade yg melukis lukisan la, buat gunung ganang la,robot guna kotak, dll lg. mmg kreatif jgk mereka nih. agaknya bila plk sklh kitaorg nak buat cmni. tunggu...tunggu...n tunggu. x taw bila. dlm poket ika ada 10sen je. sbb 2ringgit dh guna mkn kt sklh td. jd ada 10sen je la. 10sen tu guna utk tepon nk blik rumah. tp disebabkan kemaruk air sngt2 ika minta dkt kwn 1ringgit. nsib baik dye bg. thx sngt2 ye. HafizNadzim.

time tengok2,pusing2,usha2 sna sini. masa dh smpai utk kiorg blik ke sklh kembali. selamat tinggal Smk Tokai. thx buat Karnival. Kitaorg pun x sngka dpt pi sana. FREE je taw. thx sekali lg kerana buat mood ika happy. ada masa undang kitaorg pi skli lg.hehe.. bye2...
askom...

THE END ^_^

Monday, October 24, 2011

Amekaww kena tag

askom...
hohoho... ari ni ika kena tag dgn kak LieyanaAhmad. ini lebih kurang mcm tagging game la. mmng best. boleh mengeratkan silaturrahim. hahax. taw dak nk main cmna?...ukey jom kita tengok:


RULES :)
1.You must post these rules.    
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal. 
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post

5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about 
           " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS"    
     YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) 
           have tagged 11 people.


11 things about me:

  1. anak last dari empat adik beradik iaitu 3 org abg dan saya satu2nya ank perempuan yg last skli.
  2. selalu happy apabila ada kwn disisi dan sentiasa bersama keluarga.
  3. selalu duk rumah online daripada buang masa keluar rumah.
  4. di kantin sklh selalunya makanan dan minuman yg saya akan pilih ialah sup ayam dan teh ais. sedap oww..
  5. mama saya seorang tukang masak oleh itu saya nak jadi sperti dye. CHEF
  6. saya suka tengok citer korea dari dulu smpai skrg dan setiap drama yg telah habis mesti saya akan listkan ke dlm buku.
  7. dahulunya saya tidak berapa suka dgn kucing tp bila adanya john miow skrg saya lebih bertambah erat dgnnya. muahaha...
  8. saya x suka pakai mekap. setiap kali keluar jalan-jalan ke mesti tempek bedak safi dgn minyak wangi je. jimat nak katakan...
  9. suka makan-makanan yg boleh menambahkan lemak dlm perut sperti burger,sosej,ayam,daging dll yg berkenaan.
  10. bngun je tiap2 pagi mesti hirup air kopi dulu. pelikkan. klu korang mesti mandi dulu. besa la jakun skit.
  11. suka menari biarpun x begitu pandai dlm bab2 menari nih. tiru je ape yg org menari hip-hop2 kt youtube tu n then terus menjadi. aneh kan.


ika kena jwb plk soalan dari kak LieyanaAhmad ni plk:


  1. sushi or mc'd?: mc d.
  2. kalau dapat pergi melancong, nak ke mana? mesti lah korea. sbb itu tempat yg saya idam2kan.
  3. barangan berharga yang paling kamu sayang? komputer
  4. rumah idaman kamu? teres berkembar dua tingkat.
  5. music kegemaran kamu? next to you by chris brown dan jar of hearts by christina perri
  6. kenangan yang paling indah dalam hidup? time ika n family pergi bukit bendera. best gilerr.
  7. berapa kerapkah kamu online dalam seminggu? ika online tiap2 hari.
  8. perasa ice cream kegemaran? vanilla sbb nama ika MissVanilla.
  9. suka chocolate tak? yg tu saya suka jgk sbb kwn saya adibah gelaran dye chocolate.
  10. purata waktu tidur kamu pukul berapa? tepat2 pukul 12.
  11. siapakah kamu 5 tahun akan datang? manusia



ini plk soalan dari ika. spe join mintak jawab yer:


  1. kamu ada berapa adik-beradik?
  2. selalu online blog waktu bila?
  3. makanan apa yg paling sedap yg pernah kamu makan?
  4. bila kamu ada dirumah,selalunya apa yg kamu buat?
  5. namakan kucing kamu jika ada?
  6. di sekolah kamu seperti apa?
  7. apakah status kamu sekarang?
  8. pukul berapa kamu akan tidur?
  9. apakah lagu kegemaran kamu?
  10. apakah minuman kegemaran kamu semasa berada di kantin sekolah?
  11. siapakah guru yg paling kamu suka di sekolah?

ok..itu je. 11 org yg ika kena tag plk:


  1. BiqaHatmin
  2. wana
  3. penmerah
  4. fiezah91
  5. secret ash
  6. syaza saffa
  7. hanisIzyan
  8. apit
  9. aina yazid
  10. dilla
  11. khalisah



DONE!! THX DAH TAG IKA YER.. 
FUH PENAT.

Aisha Online Store Giveaway


Prizes:
Looking for 5 lucky winners:
~ The very gorgeous VINTAGE handbag worth RM80+
*boleh tgk kt sini, http://aishaonlinestore.blogspot.com/search/label/Handbag%20*Ready%20Stock*
Which handbag? Rahsia! :D ^^*
2 lucky runner up:
~ Gift Voucher RM15(can be use only at AOS)
 
 
23rd October - 31st October!

 
Semoga Tuah Menjadi Milik Ika... hehe 

Sunday, October 23, 2011

Kenali Wanita



a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah


CINTA SIBER OH






pada pendapat ika kelebihan cinta siber ni mungkin dari segi

  • menggalakkan perhubungan antara kita
  • mengeratkan silaturrahim
  • dapat bercinta secara cepat kot. =,="
  • mudah mencari cinta dari segi umur,rupa dan kelebihan yg ada pada diri kita


klu kekurangan plk rasanya bnyk. diantaranya ialah
  • terpengaruh dgn ajakan rakan
  • selalu ditipu
  • klu bercinta berjauhan kena berjumpa plk. itu yg parah
  • bercinta tp kebanyakkannya x ikhlas.

itu sje pendapat ika :)

Saturday, October 22, 2011

ape kena dgn ika skrg nih???


 askom...
hampir2 nak tukar tajuk "ika" tu jd "aku". biasalah rajin duk baca blog ada perkataan aku terus tangan pun nak tulis aku jgk. hehe... korang rasa ape kena dgn ika skrg nih. ika rasa bnyk benda yg terjadi tentang diri ika. klu korang plk rasa ika ni mcm mne skrg. mesti tulis entry skit kan. ika tahu dahh...

ok untuk pengetahuan korang, klu korang nak tahu la. ika ni ada mcm2 masalah. klu nak listkan rasanya bnyk kott.. xpe lah ika ringkaskan. masalah ika diantaranya ialah:

  • result exam PMR. xtahu la mcm mner.
  • masalah kwn yg sebelum ni ika ada tulis entry tentang makna KAWAN, ika pun tengah alami jgk. sedyh siott...
  • ika illusion girl jd bab nak upload video kt youtube mmg lembab. xde idea punya pasal. itu sbb ada mat salleh kt youtube tanya bila nak upload video magic lg. nahh parahh. tiap2 minggu kena upload. pengsan...
  • dari jd illusion girl baik jd flourisher lg best. xpyh dh guna brng2 magic yg mahal tu, guna kad je lg bagus. itu pun belum tentu ika nak jd flourisher ke x. *ika tahu korang xphm kan*
  •  malas nak gi sklh mentang2 dh hbes pmr. hehe. 
  • cikgu nk bwk gi karnival di sungai petani dan lembah bujang kott. karnival? omg dh x reti berenang. tolong ajar ika sat.
  • duk rumah bnyk keja kena buat. lipat kain,sidai kain,sapu sampah. x kawin pun dh mcm suri rumah plk. 
  • x de idea nak post entry. sorry ea.. ika tahu blog ika ni xde bnyk entry. blog ika x mcm blog Abg Ben Ashaari. tiap2 minit je terkeluar entry baru. mmg hebat btul. tabik sama Abg Ben ^_^
  • duk rumah sorang2 tiap malam. sampai pkul 11 mlm plk tu. ade spe2 nak teman kan? kucing je lahh...

huh. letih tangan menulis biarpun skit je. buat terok bley.
haa apa mcm. bnyk kan benda yg x kena dgn ika. klu buleh ika nak tulis mcm2 karenah pasal ika. tp sje buat2 xde masa. haip! sudah2 la menulis. kang ade yg kata ika tulis karangan plk. ika kan rajin menulis ringkasan je.  ingat smpai bila2 taw. sbb itulah tema blog ika. hehehehe. sengih mcm kera busuk pun dh tahu xde spe nak gelak. 

byebye...
askom...



Girls' Generation musuhi Wonder Girls?



2 kumpulan wanita berpengaruh Korea saling bersaing menjuarai hati peminat di Amerika Syarikat

BIBIT persaingan antara Wonder Girls dan kumpulan yang sedang mencuba nasib untuk mencipta pengaruh di Amerika Syarikat (AS), Girls' Generation semakin ketara menjelang siri promosi album terbaru mereka yang dijadualkan bermula bulan depan. Sebelum ini, Wonder Girls dan Girls’ Generation atau juga dikenali dengan akronim, SNSD di luar Korea sering beralah daripada bersaing secara depan.
Persaingan antara dua kumpulan itu meraih perhatian media yang teruja mencongak grup mana bakal menyerlah turut dibumbui pelbagai kenyataan provokasi yang meresahkan peminat. Perselisihan tercetus apabila penerbit AS, Teddy Riley yang mengagumi bakat SNSD mengeluarkan kenyataan berbaur kecaman menyebabkan penggemar Wonder Girls tersinggung.
Riley yang terbabit dalam promosi album terbaru SNSD, The Boys di AS menerusi iTunes menulis pada laman Twitter ,dia yakin potensi kumpulan itu untuk menyerlah lebih cerah berbanding Wonder Girls.

“Usah terlalu bimbang kerana SNSD akan lebih diterima berbanding Wonder Girls,” komen Riley yang menyebabkan peminat segelintir peminat kumpulan yang popular dengan lagu Nobody itu berang.

Riley membangkitkan lagi kemarahan peminat apabila memanjangkan satu komen yang menyatakan Wonder Girls gagal di AS dan tiada siapa mempedulikan kehadiran mereka. Tindakan Riley itu diselar peminat yang memohonnya supaya lebih matang dan profesional dalam memberikan kenyataan supaya tidak menjatuhkan orang lain.

Desakan peminat memaksa Riley mengalah dan memohon maaf kepada Wonder Girls dan Park Jin-Young kerana mencetuskan kontroversi tanpa sengaja.
“Saya silap dan memohon maaf tetapi ini adalah satu persaingan. Mari mulakan permainan ini,” kata Riley yang seterusnya menyekat peminat daripada mengikuti akaun peribadinya.

Riley menambah, manusia sering menjatuhkan sesama sendiri apabila membabitkan perkara negatif tetapi melupakan orang itu apabila mereka memohon maaf dan mengakui kesilapan.

“Mereka akan mencari alasan untuk menghukum dan mengkritik tetapi tidak memaafkan. Itu salah dan saya tidak mahu mempedulikannya lagi. Saya memohon maaf kepada Wonder Girls tetapi jangan ganggu saya lagi atau saya akan membuang anda daripada terus menulis ke akaun peribadi saya,” katanya memberi amaran kepada peminat.

Riley juga menjelaskan, edaran album The Boys yang sepatutnya dipasarkan 5 Oktober lalu ditangguh kerana mereka mahu memastikan perjalanan produksi itu lancar dan SNSD bersedia memulakan cabaran besar di AS.

“Ada rencana besar sedang menanti dan kami akan pastikan SNSD meraih kejayaan nanti,” katanya sambil berharap pengurusan SM Entertainment tidak terlalu gusar kerana mereka berusaha keras memastikan nama SNSD tetap gah di sana.

“Lagu mereka sedang mendapat perhatian dan ia antara sebab mengapa kami menganjakkan tarikh edaran album itu. Kita mendapat tenaga produksi terbaik untuk album ini, begitu juga penyanyi undangan. Usah terlalu negatif kerana mereka akan berjaya. Serahkan saja kepada Tuhan,” katanya.

Gee lagu paling lama di Music Bank

WONDER Girls mencipta sejarah sebagai kumpulan Korea pertama menembusi pasaran AS pada 2009 menerusi single, Nobody versi Inggeris yang memasuki carta Billboard Hot 100 pada tangga ke-76. Populariti luar biasa diterima Wonder Girls membawa kumpulan itu memperluaskan empayar di AS. Sejak satu setengah tahun lalu, aktiviti seni mereka lebih tertumpu di bumi Uncle Sam itu.

Kali terakhir Wonder Girls mengeluarkan single adalah pada Mei tahun lalu dengan Two Different Tears. Justeru, kepulangan mereka begitu dinanti selepas lama tidak beraksi di negara sendiri. Wonder Girls kembali ke Korea pada 9 Oktober lalu untuk memulakan proses rakaman album terbaru. Terdahulu, mereka menyempurnakan penggambaran filem, Wonder Girls At The Apollo sebagai bintang utama.

Kekosongan yang lama ditinggalkan Wonder Girls itu diisi SNSD yang dibarisi Taeyeon, Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona dan Seohyun untuk membina pengaruh mereka di negara sendiri. SNSD mula diperkenalkan pada 2007 namun mendaki puncak populariti pada 2009 selepas single, Gee mencipta sejarah tersendiri.

Gee memegang rekod lagu paling lama diputarkan di Music Bank, saluran KBS selain menduduki tangga pertama selama sembilan bulan berurut-turut. Populariti luar biasa lagu itu mendorong laman muzik popular Korea, Melon menamakan Gee sebagai lagu terbaik alaf ini.

Biarpun siri promosi hanya akan bermula pada November ini, SNSD berupaya menarik sedikit nafas lega kerana trailer album, The Boys yang dipromosikan menerusi laman You Tube rasmi SM Entertainment ditonton jutaan peminat dalam masa beberapa hari. Petanda awal itu membuktikan kekuatan pengaruh kumpulan sembilan gadis itu, apatah lagi SNSD menawarkan konsep segar dalam album terbaru mereka.

Ia memberi cabaran kepada Wonder Girls kerana populariti kumpulan itu sedikit merosot apabila terlalu menumpukan aktiviti di luar negara.

Selain album, The Boys yang diedarkan serentak di Korea dan seluruh dunia secara talian pada 19 Oktober lalu, muzik video lagu itu turut dilancarkan menerusi saluran YouTube dan Facebook pada hari yang sama. Album itu akan dilancarkan di AS pada November ini menerusi Interscope Records yang menaungi nama popular seperti The Black Eyed Peas, Eminem, Far East Movement, Lady Gaga dan Gwen Stefani.


-BHarian

Friday, October 21, 2011

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com



huhu ika join giveaway dari akak Penmerah. hadiah dye istimewa jgk tau...hehe

ika tag 3 org kwn:



DONE!

pic keluarga

 zaman moden


 zaman retro


 zaman P.Ramlee
 

 zaman sezaman


zaman 50 an


askom...
ini ialah pic raya 2011. jiran ika ambil pic ni. itu yg lambat skit ika nak upload pic raya. yg pic raya 2011 haritu skit jaa. pic yg ni sme je. cuma edit lebih2. jd la pic raya lebih skit hehe... ika ingat nak ambil gmbr hdpan pic ni tp susah sbb berkilau. cer tengok ade kan. jiran pun dh cuci gmbr ni awal2. klu belum lg mesti cantik skit tengok kut hadapan..kan...kan..

Thursday, October 20, 2011

apa maksud KAWAN



askom..
ika masih lg meragui apa itu KAWAN. jika korang berkawan dgn seseorang pasti korang rasa ada yg mcm xkena je bila kwn dgn dye. setengah org rasa ok je kwn dgn dye dan ade yg tidak. Mama ika kata jgn percayakan kwn 100% jika kita xkenal sepenuhnya tentang diri kawan. Mama juga pernah kata sekiranya seseorang kwn itu memuji kita, jgnlah terlalu yakin tanpa mengetahui niat sebenar kwn itu memuji kita. mungkin kwn tu puji je tp sebenarnya nak mengejek kita. kemungkinan besar mmg boleh berlaku.
ika pun pernah jd mcm nie.

ika pun smpai skrg masih menjaga diri sendiri dan maruah keluarga ika. ika kata mcm nie sbb apabila kita berkwn dgn seseorang, pastinya kita x tahu samada dye tu baik atau x. jika dye seorang yg baik dan pandai menjaga kwn itu x mengapa. tp sekiranya dye seorang yg berniat jahat atau tidak berapa baik atau jenis kaki ponteng sekolah dll... kwn mcm ni lah akan merosakkan diri kita. jika kita terlalu rapat dgn dye mungkin dye akan ambil kesempatan atas kita. x pun mengajak kita melakukan perkara yg negatif. benda2 mcm ni yg boleh mencalarkan maruah keluarga kita dan diri kita sendiri.


apa yg ika tahu tentang makna KAWAN
  • berkongsi minat yg sama
  • mempunyai sifat yg sama
  • selalu berada disisi apabila diperlukan
  • sedia membantu apabila ditimpa masalah
  • sedia mendengar masalah kwn
  • pandai menjaga hati kawan
  • susah senang selalu bersama
  • berkongsi ilmu





ape2 pun jgnlah salah memilih kawan. kerana kawan merupakan tulang belakang yg sedia menegak bila2 masa sahaja. maksud ika kawan merupakan seseorang yg sentiasa bersedia membantu dlm segi apepun.  oleh itu, jgn tersalah memilih kawan. nasihat ini bukan untuk korang semua sje,tp juga nasihat untuk diri ika sendiri.



akhir sekali, segala silap tutur kata harap dimaafkan. ia cuma nasihat sahaja.
klu ade yg x cukup makna kawan tu pandai2 la korang tambah ye.
bye2...
Askom...

p/s jgn lupa like ye... komen pun bleh.

    pengorbanan cinta kucing



    askom.
    hampir nak gila ika tengok pic kucing ni. dye sanggup melepasi paku2 tajam tu semata-mata nak jumpa girlfriend dye. x sakit ker? kira hebat betullah kucing tu. manusia pun x pernah dengar wat cm tu.


    "itulah dikatakan cinta"



    p/s: ika xkata semua cinta perlu pengorbanan. klu betullah parah cm nie...

    Segmen Mencari Watak Komik Hantu Lapar


    ade seseorang offer segmen ni kt ika. dye cakap sebelum 30 haribulan tamat dh kot.
    terus ika cepat2 join. hehe. harap2 dptla.

    saya nak watak utama!

    Wednesday, October 19, 2011

    sanggupkah kucing diperlakukan seperti ini!!!

    askom. sila lihat pic ni yg ika dapat dari fb.



    sanggupkah kita melihat haiwan kesayangan nabi diperlakukan seperti ini.
    Dimanakah rasanya nilai kasih sayang sebagai manusia???
    Lihatlah kucing ini di bakar secara hidup-hidup.
     

    Girls' Generation THE BOYS

    Askom...
    kepada semua boys2 kt luar sana. jika anda kenal itu Girls'Generation sila2 lah tengok video lagu terbaru mereka bertajuk THE BOYS. ika rasa maybe lagu ni has untuk ditujukan kpd boys2 je kot. perempuan xde kena mengena dgn tajuk ni. apalagi serbu la tengok video dye wahai boys2 sekalian. org korea nyanyi untuk korang xkan xmo dengar kott.  hehe....




    pandai Girls'Generation buat lagu ni. mmg menarik perhatian lelaki betullah...
    girls2 semua cepat isi borang untuk ujibakat dlm syarikat mereka S.M Entertainment. 
    mna taw boleh join group Girls'Generation. hehe lawak jaaa...

    yeay!!! lagu baru Justin Bieber Mistletoe


    "Mistletoe"

    It’s the most beautiful time of the year
    Lights fill the streets spreading so much cheer
    I should be playing in the winter snow
    But I'mma be under the mistletoe

    I don’t wanna miss out on the holiday
    But I can’t stop staring at your face
    I should be playing in the winter snow
    But I’mma be under the mistletoe

    With you, shawty with you
    With you, shawty with you
    With you under the mistletoe

    Everyone's gathering around the fire
    Chestnuts roasting like a hot July
    I should be chilling with my folks, I know
    But I’mma be under the mistletoe

    Word on the street Santa's coming tonight,
    Reindeer's flying in the sky so high
    I should be making a list, I know
    But I’mma be under the mistletoe

    With you, shawty with you
    With you, shawty with you
    With you under the mistletoe

    With you, shawty with you
    With you, shawty with you
    With you under the mistletoe

    Aye, love, the wise men followed the star
    The way I followed my heart
    And it led me to a miracle

    Aye, love, don't you buy me nothing
    I am feeling one thing, your lips on my lips
    That’s a merry, merry Christmas

    It’s the most beautiful time of the year
    Lights fill the streets spreading so much cheer
    I should be playing in the winter snow
    But I’mma be under the mistletoe

    I don’t wanna miss out on the holiday
    But I can’t stop staring at your face
    I should be playing in the winter snow
    But I’mma be under the mistletoe

    With you, shawty with you
    With you, shawty with you
    With you under the mistletoe

    With you, shawty with you
    With you, shawty with you
    With you, under the mistletoe, under the mistletoe

    Kiss me underneath the mistletoe
    Show me baby that you love me so-oh-oh
    Oh, oh, ohhh

    Kiss me underneath the mistletoe,
    Show me baby that you love me so-oh-oh
    Oh, oh, ohhh


    askom...
    kemain ika sorak kt Justin Bieber sbb dh keluarkan lagu terbaru dye Mistletoe. menarik juga lagu ni. pastinya lagu ni ditujukan untuk hari krismas yg akan dtg nanti. Yg syoknya lg part tang kiss2 tu. ika rasa klu SelenaGomez tengok mesti cemburu paa... agaknya lar... huhu. nama pun bf dye.

    Mistletoe

    Monday, October 17, 2011

    Petua Warisan: Masalah Jerawat

    askom....
    petua yg dahulu kala masih boleh diamalkan oleh kita pada hari ini. petua ini x susah dan bahannya x mahal kerana ia menggunakan bahan2 di rumah kita yg telah sedia ada. kaedah ini dikatakan amat berkesan jika selalu diamalkan.
    bnyk ramaja merungut kerana jerawat susah hilang pastu tiap2 bulan klu gel jerawat habes kena beli yg baru plk. penggunaan gel jerawat berkemungkinan menyebabkan remaja terpaksa menghabiskan wang dan masa untuk membeli bahan tersebut. oleh itu, apakata korang menggunakan kaedah lama seperti ini:


    Cara Untuk Menghilang Jerawat Batu@Besar

    Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecil
    Ambil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas..
    letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur..
    hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…

    Hilangkan Jerawat Halus

    Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.

    Menghilangkan Bekas Jerawat

    Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
    Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.
    Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.
    Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
    Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
    Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
    Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

    Menghilangkan Jerawat

    Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
    Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
    Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
    Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
    Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
    Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
    Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
    Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
    Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

    Hilangkan Jerawat



    okeyh dh dpt petuanya. mcm mna ok x. try la cuba...
    kaedah ini berkemungkinan dpt menyerlahkan lg penampilan korang.
    skrg xpayah segan2 dh nk keluar rumah kerana korang sudah BEBAS.

    Sunday, October 16, 2011

    Hujan Air Mata untuk Rain

    Askom....
    sob...sob...sob... huhuhu.....
    Bi Rain bakal meniggalkan ika selama 2 tahun. mne x sedih. ika dh peminat Fanatik dye. tp selama 2 tahun ni dye dh xde. merana rasanya hidup ini tanpa dye.
    for your information, Rain bukan nk mati. cuma Rain akan pergi latihan tentera kerana umurnya telah mencapai 30 tahun. Di korea semua lelaki yg sihat tubuh badan yg berumur 20-35 tahun WAJIB menjalani latihan ketenteraan selama 2 tahun.


    ni citer dari metro. nak buat ayat sendiri tp tengah bersedih nak buat cmne *ayat pemalas*. hbes meleh air mata atas keyboard ni. Hah korang peminat Bi Rain yg belum tahu lagi mengenai berita ni apalagi baca la.




    SEDEKAD lamanya membina nama, Jung Ji-hoon atau lebih dikenali sebagai Rain, akhirnya dikenali berjaya sebagai bintang pop terkenal Korea Selatan. Bukan saja di tanah air tercinta, fenomena dicetuskan Rain turut tersebar di seluruh dunia termasuk menjadi perhatian peminat di Malaysia.

    Bersandarkan wajah kacak dan bakat dimiliki, Rain digilai ramai. Namun, tuntutan negara tetap disanjung tinggi hingga akhirnya pada usia 29 tahun, pemuda kelahiran Seoul, Korea pada 25 Jun 1982 ini membuat keputusan meninggalkan seketika karier seni untuk menyertai latihan ketenteraan.

    Di Korea, golongan lelaki yang sihat tubuh badan berusia 20 hingga 35 tahun wajib untuk mengikuti latihan ketenteraan selama dua hingga tiga tahun. Ia perjuangan untuk negara demi memperingati peperangan Korea yang tercetus pada era 50-an lalu.

    Apapun, bagi menjalani latihannya Rain mendaftarkan diri di kem latihan di Uijeongbu 306 Reserve Troop Station di Wilayah Gyeongido di Selatan Korea.

    Biarpun dia selebriti ternama di tahap antarabangsa, Rain mengakui tidak mengharapkan layanan istimewa sepanjang latihan.


    Selasa lalu, kemunculan Rain di kem terbabit pada jam 1.10 tengah hari turut diiringi peminat fanatiknya yang yang menitiskan air mata dengan keputusan dibuat artis popular itu. Rain sanggup meninggalkan kariernya yang kini berada di puncak dan menyertai tentera.

    Rain yang bermula dalam karier nyanyian, akhirnya mengorak langkah sebagai pelakon. Justeru, pada ucapan ringkasnya dia cukup terharu dengan perhatian peminat yang tak jemu memberi sokongan sepanjang perjalanan karier seninya.

    “Terima kasih diucapkan kepada anda semua di atas sokongan diberikan sepanjang tempoh 10 tahun saya terbabit dalam karier seni. Saya turut meminta maaf kepada anda di atas keputusan ini. Namun, apa yang saya lakukan ini adalah satu kewajipan.

    “Sebenarnya, saya menyangkakan berlaku kekecohan pada pendaftaran ini gara-gara tindakan membuat keputusan untuk menyertai latihan ketenteraan.
    Apapun, saya harap dapat melakukannya dengan baik dan pulang dalam keadaan sihat,” katanya.

    Sebagai tanda penghargaan di hadapan kira-kira 1,200 peminat bukan saja dari sekitar Korea yang datang ke kem latihan itu malah dari Jepun, Hong Kong Taiwan dan China.

    Sebagai tanda hormat, Rain menanggalkan topinya dan mendedahkan rambut yang sudah dipotong pendek bersesuaian dengan imej seorang tentera dan sedia untuk berjuang.

    Bukan saja peminat, sesi pendaftaran Rain turut mendapat liputan langsung dari lokasi yang dibuat stesen televisyen seperti TVN dan Mnet. Populariti dirinya yang hebat menjadikan Rain, selebriti tunggal Korea yang mendapat siaran langsung pada hari pendaftaran.

    Sebelum mendaftar ke kem itu, Rain sempat meninggalkan hadiah istimewa buat peminat apabila mengadakan konsert Last For The Best di Gymnastics Stadium di Olympic Park, Seoul pada Ahad. Ia dihadiri kira-kira 20,000 peminatnya untuk menyaksikan aksi terakhirnya.

    Dalam laman Twitternya, Rain mengumumkan konsert itu akan disiarkan menerusi stesen TV Mnet ketika dia menjalani latihan ketenteraan. Rain juga mengambil peluang untuk menziarah pusara ibunya.

    Cukup popular dan dikenali ramai, Rain semakin menjadi perhatian peminat sejurus muncul dalam drama Sang Doo! Let’s Go To School pada 2003, diikuti Full House (2004). Malah, menerusi drama pertama saja dia menang anugerah Pelakon Baru Terbaik.

    Turut berjaya mencipta nama di Hollywood menerusi filem Speed Racer pada
    2008 dan Ninja Assassin (2009), keunggulan Rain di persada seni antarabangsa sudah dibuktikannya. Apatah lagi, filem Ninja Assassin melayakkannya menang MTV Awards pada 2010.

    Sama ada nyanyian dan lakonan, Rain kini di prestij yang tersendiri. Oleh itu, sudah pasti keputusannya untuk berehat seketika dalam karier seni sukar diterima peminat. Malah, ada yang meramalkan keputusan Rain itu akan menggugat populariti dirinya.

    Sehingga kini, Rain sudah muncul dengan tujuh album dengan perjalanan karier nyanyian cemerlang. Malah, nama Rain juga pernah tersenarai dalam kelompok 100 individu ‘Paling Berpengaruh Di Dunia’ oleh majalah Time di Amerika Syarikat
    pada 2007 dan majalah People’s pula dalam tahun sama meletakkan namanya sebagai ‘Lelaki Paling Kacak Di Dunia’.

    Seorang peminat Rain dari Sogang University, Kim Hee-ra, 21, berkata, dia sangat sedih dengan keputusan yang dibuat oleh bintang pujaannya itu.
    Bagaimanapun, dia juga gembira kerana Rain berani mengambil risiko demi tanggungjawab pada negara.

    “Tak dinafikan keputusan Rain menyertai latihan ketenteraan ini akan membawa risiko pada populariti dan karier seninya yang kini di puncak kegemilangan.
    Namun, saya juga yakin ia takkan terjejas lama jika dia muncul dengan semangat baru,” katanya.

    Bagi Lee Jin-young, 22, pula, dia menyifatkan Rain mungkin tidak lagi popular seperti dulu kerana tidak mendapat publisiti dan laporan media selama dua tahun.

    Katanya, sepatutnya Rain menyudahkan latihan ketenteraan itu ketika usianya
    awal 20-an.

    Sementara itu, aktor popular Korea, Song Seung-heon yang pernah mengikuti latihan ketenteraan terbabit pada 2004 memaklumkan dia juga pernah menyangka bakal mengalami kejatuhan popularitinya. Namun, ujarnya sangkaan itu meleset kerana dia lebih berjaya sekarang.



    p/s sob..sob..sob..huhu jgn tinggal daku Bi Rain!!!

    Friday, October 14, 2011

    perodua kelisa adalah toyota camry?

    askom....semua...
    betul ke ape yg ika tulis kt google ni atau mmg benar perodua kelisa ialah toyota camry...

    ika terjumpa foto ni dlm group Wall Melepaskan Perasaan. ade satu budak lelaki yg upload kan pic ni dlm
    group tu. cuba korang taip dekat google translate Perodua Kelisa. bila ika taip mmg dye tulis
    toyota camry la...
    hairan jgk. betul ke salah ni... atau google sengaja nk perkenakan ika..
    tp...tp...

    cuba korang fikirkan...

    amekaww!

    askom...semua...
    pagi td ika mengidam nak tengok filem Bini-Biniku Gangster. besa la.... org yg ketinggalan. pagi tu jgk yana jiran ika dtg rumah kasi itu dvd. apa lagi rembat r. buka computer terus masukkan cd. adegan dye ada yg lawak, bermanja-manja dan ganas. sesuai untuk tontonan semua.


     okeyhh berbalik kepada perkataan Amekaww!. lama dh x tayang muka ika kt dlm entry ni. entah2 ada yg xkenal lg muka ika mcm mna. yeahh ini dye muka sebonar den....



     gmbr ni time ika nak gi Qiamullai kt sekolah. dan lg nk ambil pic.
    "well you know me~ =,="


     pusing sana...pusing sini... last skli yg ni jgk yg paling ok.


     gmbr ni diperkecilkan sedikit kerana x cukup comel.
    jd sila buat xtaw ja dgn pic ni.
    *itu pun kemain nak upload*


     yg ni ika edit smpai itam2 skit muka.
    elok ke xelok terpulang la yg duk tengok. ika
    upload jaa...


    gmbr ni time nak gi supermarket Yamata,Jitra.
    sampai ja kt pintu masuk terjumpa Angry Birds. waa cumelllnya...
    mama xbg beli... ok fine. nseb baik xbwk duit.
    klu x...satu raga dgn patung2 angry birds ika nak beli bwk blik rumah....




    akhirnya entry tayang muka telah tamat.
    sampai sini sja lah... bye2..
    askom....

    Thursday, October 13, 2011

    kucing manja "John Miow"

    askom....
    dulu ika x pernah bela kucing sbb Mama x bg. takot dye berak n kencing kt dlm rumah. ada satu ari tu ntah mna dtgnya kucing ni dye dtg rumah ika buat bunyi miow~miow~ mintak nasi. kesian jgk ika tengok kucing tu sbb dye masih kecik lg. mungkin dye lapar. ika pun bg nasi dgn lauk skit. pastu besok ingatkan dh BLAH dh. rupa2nya masik ada kt rumah ika lg. nseb baik Mama x brpa marah. maybe sbb kucing tu dtg sendiri lain la klu kucing tu ika yg beli tobat Mama x bg. ni haa dye kucing ika....

     Nama: John Miow~
    Umur: x tahu. try tanya dye....
    Asal: dtg sendiri tanpa diundang
    Jantina: Jantan tulen
    Kebolehan: terlebih manja,suka buat kacau biarpun sudah mkn,
    melawak secara kasar, gila-gila n jenis pemalu.


     gmbr ni time dye nmpk kecik lg.. tp skrg sudah besar dh....


     "jgn tengok saya mcm tu saya malu tp mahu"


    "ishh ika ni saya malu taw ika ambil gmbr dlm posisi mcm ni. saya xnak dedahkan aurat saya
    sbb saya seksi ouchh! jgn tengok jgn tengok!!"