Sunday, October 20, 2013

Kesian terhadap diri sendiri

Assalammualaikum...

Lamanya kita tak ketemu kan bloggers sekalian. Selama aku tak update ni banyak benda yang terjadi. Salah satunya PC aku nih. Kerja merajuk je tak habis-habis. Buat hal itu la ini la. Aduhaii... nasib aku. Modem aku rosak. Ingatkan PC yang ada masalah. Patutla aku connect wifi pun x masuk. Dah dekat 2 bulan lebih rasanya aku x update blog. Rasanya bloggers semua dah pakat lari paaa... Bila dah telepon En TM baru dia nak dtg repair. Dah tu dia kata modem rosak kena pulak tukar yang baru. Bila dah kena beli baru, baru kau mau jalan ye internet. Pandainya kau....



Haritu raya aidiladha meriah la juga walaupun x seperti raya aidilfitri dulu. Janji antara kawasan kejiranan sini kiranya rumah aku yang ramai datang "bangga diri". Pagi tu senyap sunyi je. Ingat dah takde suasana raya, walhal awal2 lagi segala mak menakan,cousin dan abang2 aku mengenakan baju raya. Hahaha.. cepatnya diorg bersiap-siap. Aku pula simple ja dengan mengenakan baju jubah yang terlebih labuh dan tudung hitam kosong. Ya kosong sungguh. Biarlah pandangan orang macam mana asalkan raya. Ye dak!



Cerita raya dah habis. Raya dah diberi cuti panjang sekarang kena kembali ke sekolah semula. Minggu ni adalah minggu pra spm. Cikgu sekolah buat seksaan macam ni agar student semua lali dgn kertas exam. Bila nanti dah spm tengok kertas soalan exam pun dah terbiasa. Padahal kalau nak diikutkan aku pun masih lagi belum dapat telan dengan jawapan exam setelah berkali-kali buat latihan latih tubi. Hahaha... lain orang lain sikapnya. kan2. Bila dah ada pra macam ni buku pun kena buka. Bila buku dah buku mulut pun potpetpotpet menghafal. bila dah hafal otak pun berjalan. Sakit kepala pun menjadi. Kesian diriku ini kesian lagi bila dah dekat spm ni. Rasa mcm nak pecah otak pun ada.


ermm... dah2 la mengarut. Entry yang aku tulis ni semakin menjadi serba x kena ja. Maklumlah.. orang tgh lagi berserabut. Sorry kalau korang dah baca entry aku yang membosankan ini. Lagipun ni entry sekadar mahu menghias muka baru blog ni ja. Xda yang special pun.


salam...